Silibus Silat Seni Gayong Malaysia

Tingkatan Guru-guru dan Juru-jurulatih PSSGM

1. Tingkatan Guru-guru dan Juru-jurulatih adalah seperti berikut:

Tingkatan I
Juru-jurulatih yang boleh mengajar bahagian tangan(Tapak Gayong)
Tingkatan II
Juru-jurulatih yang cukup cekap dalam pelajaran bahagian tangan(Pecahan Tapak Gayong)
Tingkatan III
Guru-guru yang boleh mengajar pelajaran Pisau, Keris dan Simbat (Seni)
Tingkatan IV
Guru-guru yang boleh mengajar Pisau, Keris, Simbat dan Parang Panjang
Tingkatan V
Guru-guru yang boleh mengajar Pisau, Keris, Simbat, Parang Panjang dan Lembing
Tingkatan VI
Guru-guru yang boleh mengajar Cendai, Yoi dan Belian
Tingkatan VII
Guru-guru yang cukup cekap dalam semua bahagian yang tersebut di atas

2. Sebelum guru-guru mendapat tingkatan III, IV, V dan VI mereka mestilah masuk dalam pertandingan. Syarat-syarat pertandingan akan ditentukan oleh Mahaguru dari semasa ke semasa.

Tingkatan Tali Pinggang Guru-guru dan Juru-jurulatih PSSGM

1.Tingkatan Tali Pinggang Guru-guru adalah seperti berikut:

2. Lama masa untuk mendapat tali pinggang.

Seni Tapak Harimau (harimau Pelangi Cula Sakti)

Harimau Pelangi Cula Sakti I,II,III,IV,V dan VI akan dinilaikan dari segi prestasi, kemahiran bersilat dan kemahiran dalam semua pelajaran. Mereka ini dinilaikan oleh satu jawatankuasa pengadil khas.

Tali pinggang Harimau Pelangi Cula Sakti ini akan diadakan ujian Pertandingan untuk mendapatkan antara satu Tingkatan ke satu Tingkatan yang hanya dihadkan sehingga ke Tingkatan Enam sahaja.

Tingkatan Berat Badan

Tingkatan berat badan adalah terbahagi kepada tiga peringkat:

Umur

Kesihatan

Ahli-ahli yang hendak masuk dalam pertandingan mestilah berada dalam kesihatan yang baik.
 

Masa untuk Pertandingan

Peringkat Pertandingan

Pertandingan untuk mendapat Bengkung Pelangi Hijau sampai Bengkung Pelangi Hitam adalah terbahagi kepada tiga peringkat:

Bengkung Pelangi Hitam (Harimau Pelangi Cula Sakti Tingkatan I sampai VI)

Johan yang mendapat Bengkung Harimau Pelangi Cula Sakti Tingkatan I bolehlah mengambil ujian(Pertandingan) tiap-tiap tahun sehingga sampai kepada Tingkatan VI.

Permohonan untuk Memasuki dalam Pertandingan