Peraturan Pertandingan Silat Seni Gayong Malaysia(1969)
1.Tingkatan Berat Badan
Tingkatan berat badan adalah terbahagi kepada tiga peringkat:
- Tingkatan ringan - 120 Ib ke atas
- Tingkatan sederhana - 150 Ib ke atas
- Tingkatan berat - 170 Ib ke atas
2. Umur
- Ahli-ahli yang hendak masuk dalam pertandingan mestilah berumur lebih daripada 18 tahun.
- Jurulatih yang hendak masuk dalam pertandingan mestilah berumur lebih daripada 21 tahun.
3.Kesihatan
Ahli-ahli yang hendak masuk dalam pertandingan mestilah berada dalam kesihatan yang baik.
4. Mata Pelajaran Bengkung Pelangi Hijau
- Senaman
- 14 pecahan Senaman Anak Harimau
- 17 pecahan Senaman Tapak Harimau
- 49 pecahan Serangan Rajawali
- Buah Tapak
- 21 Buah Tapak
- 49 pecahan Tapak Seni Gulung (Bersilat)
- Mengambil Ujian (Pertandingan)
- Tiga mata pelajaran Panca Harimau (Seni Cekak)
- Satu pusingan pertandingan tiga minit.
- Rehat tiga minit
- Tiga pusingan pertandingan
- Siapa yang boleh menjatuhkan pasangannya dalam masa yang singkat akan menjadi Johan.
5. Mata Pelajaran Bengkung Pelangi Merah
- Senaman - cekap dalam senaman tinggi tingkatan daripada Bengkung Pelangi Hijau.
- Seni Keris:Pecahan 21 (Tapak Khatam)
- Seni Pisau: Pecahan 14
- Serangan Harimau (Simbat Harimau): Pecahan 7
- Mengambil Ujian Pertandingan:
- Lima mata pelajaran Panca Harimau(Seni Cekak)
- Satu pusingan pertandingan empat minit
- Rehat tiga minit
- Tiga pusingan pertandingan
- Siapa yang boleh menjatuhkan pasangannya dalam masa yang singkat akan menjadi Johan.
6. Mata Pelajaran Bengkung Pelangi Kuning
- Senaman - pantas dan cekap daripada Bengkung Pelangi Merah
- Simbat Belantan - Pecahan 21
- Simbat Parang - Pecahan 21
- Seni Lembing - Pecahan 49
- Serangan Harimau - Pecahan 14
- Mengambil Ujian (Pertandingan):
- Lima Mata pelajaran Panca Harimau (Seni Cekak)
- Satu pusingan pertandingan lima minit
- Rehat tiga minit
- Tiga pusingan pertandingan
- Siapa yang boleh menjatuhkan pasangannya dalam masa yang singkat akan menjadi Johan.
7. Mata Pelajaran Bengkung Pelangi Hitam
(Harimau Pelangi Cula Sakti Tingkatan I)
- Senaman - pantas dan cekap daripada Bengkung Pelangi Kuning
- Mempunyai tiga bengkung: Pelangi Hijau, Pelangi Merah, Pelangi Kuning
- Pecahan Seni Ibu Gayong
- Pecahan Seni Sendi Harimau (Ibu Gayong)
- Mengambil Ujian (Pertandingan):
- Boleh menggunakan semua mata pelajaran dari Pelangi Hijau sampai Pelangi Kuning
- Boleh menggunakan semua pukulan kecuali pada mata dan buah penyawa
- Lima mata pelajaran Panca Harimau (Seni Cekak)
- Satu pusingan pertandingan lima minit
- Rehat tiga minit
- Lima pusingan pertandingan
- Tangkapan yang tidak boleh dibuka selama 10 saat ialah menjadi Johan dalam satu pusingan.Untuk menjadi Johan dalam pertandingan mestilah mendapat johan dalam tiga pusingan.
8. Masa untuk Pertandingan
- Pertandingan untuk mendapat Bengkung Pelangi Hijau, Pelangi Merah dan Pelangi Kuning akan diadakan di tiap-tiap negeri pada setiap tahun.
- Pertandingan untuk mendapat Bengkung Pelangi Hitam(Harimau Pelangi Cula Sakti) akan diadakan di Ibu Kota atau di satu tempat yang akan ditentukan dari semasa ke semasa. Pertandingan ini akan diadakan pada tiap-tiap tahun.
9. Peringkat Pertandingan
Pertandingan untuk mendapat Bengkung Pelangi Hijau sampai Bengkung Pelangi Hitam adalah terbahagi kepada tiga peringkat:
- Pertandingan cara terbuka
- Pertandingan cara tertutup
- Pertandingan bengkung kehormat
10. Bengkung Pelangi Hitam (Harimau Pelangi Cula Sakti Tingkatan I sampai VI)
Johan yang mendapat Bengkung Harimau Pelangi Cula Sakti Tingkatan I bolehlah mengambil ujian(Pertandingan) tiap-tiap tahun sehingga sampai kepada Tingkatan VI.
11. Permohonan untuk Memasuki dalam Pertandingan
- Permohonan untuk masuk dalam pertandingan bengkung Pelangi Hijau atau Pelangi Merah atau Pelangi Kuning hendaklah melalui Setiausaha Cawangan kepada Setiausaha Bahagian Negeri.
- Permohonan untuk masuk dalam pertandingan bengkung Pelangi Hitam hendaklah melalui Setiausaha Cawangan dan Setiausaha Bahagian Negeri kepada Setiausaha Agung.
(Meor Abd. Rahman b. Uda Md. Hashim)
MAHAGURU SILAT SENI GAYONG MALAYSIA