Peraturan 34 - Tingkatan Guru-guru dan Juru-jurulatih
1. Tingkatan Guru-guru dan Juru-jurulatih adalah seperti berikut:
- Tingkatan I
- Juru-jurulatih yang boleh mengajar bahagian tangan(Tapak Gayong)
- Tingkatan II
- Juru-jurulatih yang cukup cekap dalam pelajaran bahagian tangan(Pecahan Tapak Gayong)
- Tingkatan III
- Guru-guru yang boleh mengajar pelajaran Pisau, Keris dan Simbat (Seni)
- Tingkatan IV
- Guru-guru yang boleh mengajar Pisau, Keris, Simbat dan Parang Panjang
- Tingkatan V
- Guru-guru yang boleh mengajar Pisau, Keris, Simbat, Parang Panjang dan Lembing
- Tingkatan VI
- Guru-guru yang boleh mengajar Cendai, Yoi dan Belian
- Tingkatan VII
- Guru-guru yang cukup cekap dalam semua bahagian yang tersebut di atas
2. Sebelum guru-guru mendapat tingkatan III, IV, V dan VI mereka mestilah masuk dalam pertandingan. Syarat-syarat pertandingan akan ditentukan oleh Mahaguru dari semasa ke semasa.
Peraturan 35 - Tingkatan Tali Pinggang Guru-guru dan Juru-jurulatih
1.Tingkatan Tali Pinggang Guru-guru adalah seperti berikut:
- Tali pinggang Pelangi Hijau Seni Tapak, diberi kepada Juru-jurulatih Tingkatan II (sesudah lulus dalam ujian Pertandingan)
- Tali pinggang Pelangi Merah Seni Tapak, diberi kepada Guru-guru Tingkatan III (sesudah lulus dalam ujian Pertandingan)
- Tali pinggang Pelangi Kuning Seni Tapak (tingkatan peringkat tinggi dalam Tapak Harimau), diberi kepada Guru-guru Tingkatan IV (sesudah lulus dalam ujian Pertandingan)
- Tali pinggang Pelangi Hitam (tingkatan tertinggi dalam Tapak Harimau) diberi kepada Guru-guru Tingkatan V(sesudah lulus dalam ujian Pertandingan)
2. Lama masa untuk mendapat tali pinggang.
- Antara murid Gayong untuk dapat tali pinggang Pelangi Hijau, mestilah lulus ujian senaman, Buah Tapak dan dapat memecahkan mata-mata pelajaran hingga boleh mencantumkannya menjadi permainan Pecahan Buah Tapak, cekap dalam Silat Pecahan Tapak Harimau serta Seni Pecahan, mereka mestilah menjadi Seni sebelum menjalani ujian Pertandingan.
- Antara tali pinggang Pelangi Hijau untuk mendapatkan tali pinggang Pelangi Merah, mestilah lulus pelajaran Pisau, Keris dan Simbat (selama satu tahun baru dibenarkan mengambil ujian Pertandingan)
- Antara tali pinggang Pelangi Merah untuk mendapat tali pinggang Pelangi Kuning mestilah lulus pelajaran Pisau, Keris, Simbat dan Parang Panjang (selama dua tahun barulah dibenarkan mengambil ujian Pertandingan)
- Antara tali pinggang Pelangi Kuning untuk mendapat tali pinggang Pelangi Hitam mestilah lulus pelajaran Pisau, Keris, Simbat, Parang Panjang dan Lembing (selama tiga tahun barulah dibenarkan mengambil ujian Pertandingan)
3. Seni Tapak Harimau (harimau Pelangi Cula Sakti)
- Harimau Pelangi Cula Sakti Tingkatan Satu - satu garisan di hujung
- Harimau Pelangi Cula Sakti Tingkatan Dua - dua garisan di hujung
- Harimau Pelangi Cula Sakti Tingkatan Tiga - tiga garisan di hujung
- Harimau Pelangi Cula Sakti Tingkatan Empat - empat garisan di hujung
- Harimau Pelangi Cula Sakti Tingkatan Lima - lima garisan di hujung
- Harimau Pelangi Cula Sakti Tingkatan Enam - enam garisan di hujung
- Harimau Pelangi Cula Sakti Tingkatan Tujuh - tujuh garisan di hujung. Tali pinggang ini dipakai oleh Mahaguru. Tali pinggang Harimau Pelangi Agong Mahkota Sakti - tali pinggang milik peribadi Mahaguru; tali pinggang ini juga dipakai oleh Mahaguru dan tidak boleh diturunkan kepada murid-murid, tali pinggang ini hanya diturunkan kepada zuriat Mahaguru sendiri(amanah Mahaguru).
Tali pinggang Harimau Pelangi Cula Sakti ini akan diadakan ujian Pertandingan untuk mendapatkan antara satu Tingkatan ke satu Tingkatan yang hanya dihadkan sehingga ke Tingkatan Enam sahaja.