Selamat datang ke laman web
Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia
Universiti Malaya
Silat Seni Gayong ini dipercayai telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan telah digunakan oleh hulubalang-hulubalang Melaka dalam usaha menentang kemasukan penjajah Portugis. Nama asal Silat Seni Gayong ialah Silat Seni Sendi Harimau. Silat Seni Gayong mempunyai tujuh peringkat, iaitu: Tapak Gayong(permulaan tapak silat), Seni Tapak Gayong(Pecahan Tapak Gayong), Seni Keris (langkah pahlawan cara menggunakan senjata), Seni Simbat (cara bermain belantan atau pedang), Seni Yoi (buah pukulan), Seni Belian (silat harimau bersilat cara koyak-mengoyak anggota lawan), dan Seni Cindai(tarian silat menggunakan kain sentung atau kain tudung). Peringkat tertinggi dalam Silat Seni Gayong akan dianugerahkan bengkung hitam Harimau Pelangi Cula Sakti (Tingkatan I - VI).
Pegawai-pegawai Pertubuhan, ahli Lembaga Adat dan Majlis Guru-gurulatih dianugerahkan dengan sandang masing-masing.
Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia Universiti Malaya
Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia Universiti Malaya merupakan antara persatuan seni mempertahankan diri yang tertua di Universiti Malaya. Persatuan ini dahulunya dikenali sebagai Kelab Gayung Universiti Malaya dan bergerak cergas di awal 1970-an. Persatuan ini telah terkubur sebentar pada pertengahan 1980-an. Usaha untuk menghidupkan semula persatuan ini dimulakan mulai sesi 1994/95. Persatuan ini berjaya dihidupkan semula mulai sesi 1997/98.Gurulatih PSSGMUM ialah Cikgu Hj.Fadhil bin Hj.Ibrahim(Harimau Pelangi Cula Sakti), dengan dibantu oleh Cikgu Hamid bin Jaafar (Harimau Pelangi Cula Sakti) dan Cikgu Radzwan bin Abdul Razak(Harimau Pelangi Cula Sakti). Latihan di gelanggang UM sekarang adalah di bawah kendalian Cikgu Rizal Husin (mulai tahun 2001). Selain itu, Cikgu Mohd. Isham Ibrahim (012-3538479)menerajui gelanggang Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Latihan di UM dijalankan dua kali seminggu(Selasa dan Khamis) bertempat di padang belakang bangunan Baktisiswa, bersebelahan dengan stor sukan. Masa latihan:5.30 - 7.00 petang.
Keahlian persatuan terbuka kepada semua warga Universiti Malaya. Kepada yang bukan warga UM, anda juga dialu-alukan berlatih bersama-sama pelatih yang lain.
e-mail:onnmohdjadi@yahoo.com
Onn bin Mohd.Jadi
Pegawai Sains (Kaji Serangga) C41
Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor,
Jabatan Kesihatan Perak,
Tingkat 6, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30390 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan
Malaysia
Tel:
Laman ini telah dilawati sebanyak 150,000 + kali sejak 30 Mei 1998. |