Make your own free website on Tripod.com

SILIBUS SILAT SENI GAYONG MALAYSIA

ASAS GERAKAN I
(BENGKUNG KOSONG KE AWAN PUTIH)

 

  1. TUMBUK PINTAL TALI
    TANGAN KANAN TUMBUK LURUS BERPINTAL KEMUDIAN BERKISAR TAPAK MENGHADAP KANAN BALAS TANGAN KIRI TUMBUK LURUS BERPINTAL KEMUDIAN BERKISAR TAPAK MENGHADAP HADAPAN.

  2. PANCUNG DAYUNG
    TANGAN KANAN PANCUNG SAMBIL BERKISAR TAPAK MENGHADAP KANAN BALAS TANGAN KIRI PANCUNG DAYUNG SAMBIL BERKISAR TAPAK MENGHADAP HADAPAN.

  3. TUMBUK PINTAL TALI BERTAPAK
    TUMBUK LURUS BERTAPAK MULA DENGAN KANAN, KIRAAN 7 DAN 12 ALIH TAPAK DAN MENGHADAP BELAKANG SAMBIL TANGKIS SISI LUAR.

  4. TENDANG LURUS (LAMBUNG KEMUDI)
    KAKI KANAN TENDANG LURUS HADAPAN BALAS KAKI KIRI.

  5. SEPAK JURING (TOLAK LINTANG)
    KAKI KANAN TENDANG SISI BALAS KAKI KIRI.

  6. SEPAK LAYANG(TEBAR JALA)
    KAKI KANAN SEPAK LAYANG BALAS KAKI KIRI.

  7. GULUNGAN 10
  1. TENDANG LAMBUNG KEMUDI KIRI BERTAPAK DALAM KEDUDUKAN TAPAK MENGIRING.

  2. SEPAK TEBAR JALA KANAN KE HADAPAN, KAKI KANAN JATUH PADA PUSINGAN 270 DARJAH ARAH LAWAN PUTARAN JAM.

  3. TENDANG TOLAK LINTANG KIRI, TANGAN KIRI BERSEDIA MEMANCUNG.

  4. PANCUNG DAYUNG KIRI DALAM KEDUDUKAN KAKI SELARI.

  5. TUMBUK PINTAL TALI KANAN BERTAPAK DAN TERUS MENGIRING KE KIRI BERSEDIA, DALAM KEDUDUKAN TAPAK SELARI.

  6. TENDANG TOLAK LINTANG KIRI, TANGAN KIRI BERSEDIA MEMANCUNG.

  7. PANCUNG DAYUNG KIRI DALAM KEDUDUKAN KAKI SELARI.

  8. TUMBUK PINTAL TALI KANAN BERTAPAK DAN TERUS MENGIRING KE KIRI BERSEDIA, DALAM KEDUDUKAN TAPAK SELARI.

  9. TENDANG TOLAK LINTANG KIRI.

  10. KEMBALI KE KEDUDUKAN ASAL, DUDUK ANAK HARIMAU.

 

ASAS ELAKAN I
(BENGKUNG KOSONG KE AWAN PUTIH)

  1. ELAK LUAR DENGAN UNDUR KAKI KANAN DAN TANGKIS KUAK SISI DALAM DENGAN TANGAN KIRI.

  2. ELAK LUAR DENGAN UNDUR KAKI KANAN DAN TANGKIS KIRI BAWAH.

  3. ELAK LUAR DENGAN UNDUR KAKI KANAN DAN SANGGA LANGIT/TANGKIS KIRI ATAS.

  4. ELAK LUAR DENGAN GERAKAN TANGKIS - TANGKAP - KILAS TANGAN PENYERANG (ARAH PUTARAN JAM) DIIKUTI DENGAN SEPAK TEBAR JALA KANAN KE DADA.

  5. MASUK LUAR (MELANGKAH KANAN) SAMBIL MENAMPAN KIRI PANGKAL LENGAN PENYERANG DIIKUTI DENGAN SERANGAN TUMBUK PINTAL TALI KE ANAK RUSUK.

  6. ELAK DALAM DENGAN MEMBUAT TAMPANAN KIRI KE BAHU KANAN PENYERANG.

  7. ELAK SAMBIL JURING KANAN PELIPAT LUTUT KAKI KANAN PENYERANG DIIKUTI SERANGAN PANCUNG DAYUNG KANAN KE TENGKUK.

 

BUAH TAPAK KUNCI MATI(1 - 7)

  1. KILAS SAWA BERENDAM

  2. KILAS PAYUNG@PATAH DAYUNG PIKUL MAYAT@PANGKU MAYAT

  3. KILAS SANGGA MAUT@TALI GANTUNG@UMPIL DAYUNG TALI GANTUNG

  4. KACIP EMAS@KANCING EMAS

  5. PATAH DAYUNG@PASUNG EMAS

  6. CEKAK BANTING(KACIP EMAS)@KACIP EMAS CEKAK BANTING

  7. KACIP SELAK EMAS@SELAK MATI KACIP EMAS@KACIP EMAS KILAS DAYUNG

 

BUAH TAPAK KUNCI HIDUP

  1. PENTAS I

  2. TEMPUR BEBAS(1 LAWAN 1)

 

< P ALIGN="CENTER">LOMPATAN HARIMAU

  1. TENGGILING HADAPAN + TENGGILING HADAPAN DENGAN SENJATA DI TANGAN KANAN + TENGGILING HADAPAN DENGAN SENJATA DI TANGAN KIRI + TENGGILING KE BELAKANG + DIAKHIRI DENGAN MELENTING ULAT

  2. HARIMAU MENGAMBUR TERUS BERHALANGAN RENDAH(ANAK KAMBING 5 HALANGAN)

  3. HARIMAU MELOMPAT PAGAR


 

ASAS GERAKAN II
(AWAN PUTIH KE PELANGI HIJAU)

  1. TUMBUK BALAS TANGKIS SISI LUAR SAMBIL BERKISAR TAPAK.

  2. TUMBUK BALAS PANCUNG SAMBIL BERKISAR TAPAK.

  3. TUMBUK BERTAPAK, TARIK TAPAK SAMBIL TANGAN KANAN SIKU BELAKANG DAN TANGAN KIRI TANGKIS SISI DALAM BALAS TANGKIS BAWAH. KIRAAN 7 TAPAK TIDAK DITARIK. KIRAAN 8-11 TUMBUK BERTAPAK KIRI, TARIK TAPAK SAMBIL TANGAN KIRI SIKU BELAKANG DAN TANGAN KANAN TANGKIS SISI DALAM BALAS TANGKIS BAWAH. KIRAAN 12 SIMPAN TAPAK.

  4. TENDANG LURUS BALAS JURING DENGAN KAKI SAMA TANPA JATUH TAPAK.

  5. TENDANG LAYANG BALAS TOLAK LINTANG(JURING KE HADAPAN) DENGAN KAKI SAMA.

  6. CAKAR HELANG/CENGKAM RAJAWALI BALAS HENTAK EMAS SEPUKAL
    KEDUA-DUA TANGAN CAKAR HADAPAN, GENGGAM DAN HENTAK BELAKANG TANGAN DAN KISAR TAPAK.

  7. GULUNGAN 21

BERSEDIA DALAM KEDUDUKAN HARIMAU MENYIMPAN KUKU DI RUSUK KIRI.

(11) TUMBUK KIRI BERKISAR TAPAK KE KANAN BALAS PANCUNG DAYUNG KE HADAPAN.

(12) TUMBUK PINTAL TALI KANAN, TANGKIS SISI SISI LUAR BALAS KUN.

(13) SERANGAN RAJAWALI/CAKAR HELANG BERTAPAK, BALAS HENTAK EMAS SEPUKAL.

(14) TENDANG LAMBUNG KEMUDI KIRI BERTAPAK, BERSEDIA MEMANCUNG.

(15) KAKI KANAN MENYILANG KE BELAKANG KAKI KIRI, PUTAR 180 DARJAH IKUT ARAH PUTARAN JAM, DAN PANCUNG DAYUNG KANAN KE HADAPAN.

(16) SERANGAN RAJAWALI (PADAM LAMPU) KANAN KE KANAN DALAM KEADAAN TAPAK SELARI.

(17) TOLAK LINTANG KANAN KE KANAN, KAKI KANAN JATUH 90 DARJAH ARAH LAWAN JAM.

(18) TUMBUK PINTAL TALI KANAN BERTAPAK BALAS TANGKIS SISI LUAR DAN TANGKIS BAWAH.

(19) TENDANG TEBAR JALA KANAN KE KIRI, SAMBIL PUTAR 180 DARJAH ARAH LAWAN JAM.

(20) SEPAK RAJANG (LOMPAT TENDANG) KANAN.

(21) KEMBALI KE TAPAK ASAL DALAM KEDUDUKAN DUDUK ANAK HARIMAU.

 

ASAS ELAKAN II
(AWAN PUTIH KE PELANGI HIJAU)

  1. SEPAK JURING(TENDANG TOLAK LINTANG) KIRI KE RUSUK KANAN PENYERANG.

  2. SEPAK JURING(TENDANG TOLAK LINTANG) KANAN KE RUSUK KANAN PENYERANG.

  3. SEPAK LAYANG(TEBAR JALA) KANAN KE DADA PENYERANG.

  4. SEPAK TAMPAR KIRI(RIMBAT HELANG KIRI) KE PERGELANGAN TANGAN KANAN PENYERANG.
    (BALAS TOLAK LINTANG KIRI KE RUSUK).

  5. SEPAK TAMPAR KANAN(RIMBAT HELANG KANAN) KE PERGELANGAN TANGAN KANAN PENYERANG
    (BALAS TOLAK LINTANG KANAN KE RUSUK).

  6. LIBASAN TUMIT KANAN(JALA TEBAR KANAN) KE BELIKAT KANAN PENYERANG.

  7. SAUK KAKI KANAN PENYERANG DENGAN KAKI KIRI(RIMBAT RELANG KIRI) BALAS JURING KIRI KE PENYAWA.

 

BUAH TAPAK KUNCI MATI(1 - 21)

  1. KILAS SAWA BERENDAM

  2. KILAS PAYUNG@PATAH DAYUNG PIKUL MAYAT@PANGKU MAYAT

  3. KILAS SANGGA MAUT@TALI GANTUNG@UMPIL DAYUNG TALI GANTUNG

  4. KACIP EMAS@KANCING EMAS

  5. PATAH DAYUNG@PASUNG EMAS

  6. CEKAK BANTING(KACIP EMAS)@KACIP EMAS CEKAK BANTING

  7. KACIP SELAK EMAS@SELAK MATI KACIP EMAS@KACIP EMAS KILAS DAYUNG

  8. PASUNG CINA

  9. TALI GANTUNG@MALAIKUL MAUT

  10. KILAS DAYUNG TALI GANTUNG

  11. SELAK MATI(BUAYA BERENDAM)@KILAS MAUT

  12. KILAS TALI@PATAH DAYUNG TALI GANTUNG@PASAK LINTANG

  13. TOLAK LINTANG(KACIP EMAS)@PASUNG BUMI

  14. SEKAPUR SIRIH@SELAK DAYUNG BUAYA BERENDAM@SELAK MATI

  15. PATAH LAYAR PERAHU KARAM

  16. PATAH JULANG@PATAH DAYUNG PERAHU KARAM@PATAH SELAK DAYUNG

  17. PANGKAH SANGGA@SELAK MATI PATAH GELANG GETA@RANGKAM DAYUNG

  18. KILAS BIAWAK@PATAH DAYUNG SELAK MATI BUAYA BERENDAM

  19. SANGGA KILAS PATAH TEBU@PATAH TEBU SELAK DAYUNG KACIP EMAS@UMPIL MAUT

  20. PASAK MATI@TEMBI SIKU PASUNG EMAS PATAH DAYUNG@LINTANG MAYAT

  21. KILAS BUAYA BERENDAM@KUDA GILA LIPAT MAUT BUAYA BERENDAM

 

SERANGAN HARIMAU(1 - 7)

  1. PATAH DAYUNG NASI HANGIT

  2. PATAH DAYUNG KUDA GILA

  3. KUDA GILA

  4. HUMBAN KETAM KAWAH PECAH

  5. KILAS DAYUNG SELAK DAYUNG

  6. PANGKU MAYAT PECAH KAWAH HENTAK KAWAH

  7. KILAS DAYUNG TEMBI DAYUNG SELAK DAYUNG

 

BUAH TAPAK KUNCI HIDUP

  1. PENTAS II

  2. PENTAS III

  3. TEMPUR BEBAS(1 LAWAN 3)

 

LOMPATAN HARIMAU

  1. TENGGILING HADAPAN + TENGGILING BERSENJATA + TENGGILING BELAKANG

  2. BANGUN MELENTING ULAT + HARIMAU MELENTING(LENTING PACAT)(1 KALI)

  3. HARIMAU MENGHAMBUR MANGSA BERHALANGAN RENDAH(7 HALANGAN)

  4. HARIMAU MENGHAMBUR DAHAN BERHALANGAN RENDAH(5 HALANGAN)

  5. HARIMAU MELOMPAT PAGAR BERHALANG

 


 

ASAS GERAKAN III
(PELANGI HIJAU KE PELANGI MERAH)

  1. TUMBUK BALAS TANGKIS SISI LUAR BALAS KUN KEMUDIAN BERKISAR TAPAK.

  2. TUMBUK BALAS TANGKIS SISI LUAR BALAS PANCUNG SAMBIL BERKISAR TAPAK.

  3. CAKAR HELANG BALAS HENTAK EMAS SEPUKAL BALAS TENDANG LURUS KAKI YANG DI BELAKANG DAN KISAR TAPAK.

  4. TENDANG LURUS HADAPAN BALAS TENDANG KUDA BELAKANG DENGAN KAKI SAMA.

  5. TENDANG TEBAR JALA SEPARUH BULATAN DAN MENGHADAP BELAKANG BALAS TENDANG JALA TEBAR(TENDANG CANGKUK) SEPARUH BULATAN DAN MENGHADAP HADAPAN SEMULA DENGAN KAKI SAMA, DAN SETERUSNYA KAKI KIRI.

  6. TENDANG TEBAR JALA KANAN SEPARUH BULATAN DAN MENGHADAP BELAKANG BALAS JALA TEBAR KIRI SEPARUH BULATAN DAN MENGHADAP HADAPAN, DAN SETERUSNYA KAKI KIRI BALAS KAKI KANAN.

  7. GULUNGAN 31

(22) SIMBAR CAKAR HELANG/TAMPAR HARIMAU SISI KANAN (SASARAN KE HADAPAN) DIJULANG MELEPASI KEPALA SAMBIL BERPUTAR TAPAK 180 DARJAH IKUT ARAH JAM.

(23) BALAS SIMBAR CAKAR HELANG/TAMPAR HARIMAU SISI KIRI DIJULANG MELEPASI KEPALA SAMBIL BERPUTAR TAPAK 180 DARJAH LAWAN PUTARAN JAM KE KEDUDUKAN ASAL.

(24) TIMANG PUTERI.

(25) TUMBUK PINTAL TALI TIGA KALI.

(26) TENDANG SULA KANAN BALAS TOLAK LINTANG, KAKI KANAN JATUH 90 DARJAH ARAH LAWAN JAM.

(27) PUSING RODA KE KIRI.

(28) TENDANG TOLAK LINTANG KANAN TERBANG, JATUH MENGIRING ATAS LAMBUNG KIRI DAN BERSEDIA UNTUK MENJURING.

(29) JURING KANAN.

(30) BERGOLEK KE KIRI ARAH LAWAN PUTARAN JAM DAN JURING KIRI.

(31) DUDUK ANAK HARIMAU.

 

ASAS ELAKAN III
(PELANGI HIJAU KE PELANGI MERAH)

  1. ELAK DALAM (UNDUR TAPAK KIRI) DAN PANCUNG KANAN KE RUSUK PENYERANG.

  2. ELAK LUAR (UNDUR TAPAK KANAN) DAN PANCUNG KIRI KE RUSUK PENYERANG.

  3. ELAK PUTAR ARAH PUTARAN JAM (SELAYANG PANDANG DALAM) BALAS PANCUNG KANAN KE RUSUK PENYERANG.

  4. ELAK PUTAR LAWAN ARAH PUTARAN JAM (SELAYANG PANDANG LUAR) BALAS PANCUNG KIRI KE RUSUK PENYERANG.

  5. ELAK MENGIRING KE SISI KIRI SAMBIL MENANGKAP CANGKUK PERGELANGAN TANGAN DAN PATAH TEBU SIKU TANGAN KANAN PENYERANG.

  6. ELAK SISI DALAM SAMBIL MEMBUAT TAMPANAN KIRI DI BAHU PENYERANG DAN DISUSULI SERANGAN TOMBAK TODAK KANAN KE HULU HATI PENYERANG.

  7. ELAK DALAM SAMBIL HENTAK TUMIT KIRI KE SISI LUTUT KANAN PENYERANG DISUSULI SEPAKAN KAKI KANAN KE PENYAWA PENYERANG.

 

PECAHAN BUAH TAPAK(7 x 21)

 

SERANGAN HARIMAU(1 - 21)

  1. PATAH DAYUNG NASI HANGIT

  2. PATAH DAYUNG KUDA GILA

  3. KUDA GILA

  4. HUMBAN KETAM KAWAH PECAH

  5. KILAS DAYUNG SELAK DAYUNG

  6. PANGKU MAYAT PECAH KAWAH HENTAK KAWAH

  7. KILAS DAYUNG TEMBI DAYUNG SELAK DAYUNG

  8. TENBI DAYUNG PASAK DAYUNG SELAK DAYUNG

  9. LIPAT DAYUNG PANGKU KAWAH PECAH KAWAH

  10. KAWAH SEPIT PECAH TEBU

  11. TENDANG KUDA KAWAH TIARAP

  12. TEMBI KILAS PANGKU MAYAT KAWAH PECAH

  13. GASING EMAS

  14. PANGKU LUTUT PATAH TEBU

  15. - 21

 

BUAH TAPAK KUNCI HIDUP

  1. PENTAS IV

  2. PENTAS V

  3. PENTAS VI

  4. PENTAS VII

  5. TEMPUR BEBAS(1 LAWAN 5)

 

LOMPATAN HARIMAU

  1. TENGGILING HADAPAN + TENGGILING BERSENJATA + TENGGILING BELAKANG

  2. BANGUN MELENTING ULAT + HARIMAU MELENTING (3 KALI)

  3. HARIMAU MENGHAMBUR MANGSA BERHALANGAN RENDAH(9 HALANGAN)

  4. HARIMAU MENGHAMBUR MANGSA HALANGAN TINGGI(5 HALANGAN)

  5. HARIMAU MENGHAMBUR DAHAN HALANGAN RENDAH(7 HALANGAN)

  6. HARIMAU MENGHAMBUR DAHAN BERHALANGAN TINGGI(3 HALANGAN)

  7. HARIMAU MENYUSUR GELUNG API(3 HALANGAN)

  8. PUSINGAN RODA(3 KALI)

 


 

ASAS GERAKAN IV
(PELANGI MERAH KE PELANGI MERAH CULA I)

  1. TUMBUK PINTAL TALI BALAS TANGKIS SISI LUAR BALAS TANGKIS BAWAH, KEMUDIAN BERKISAR TAPAK.

  2. TUMBUK PINTAL TALI BALAS TANGKIS SISI LUAR BALAS TANGKIS BAWAH BALAS PANCUNG DAYUNG SAMBIL BERKISAR TAPAK.

  3. TUMBUK PINTAL TALI BERTAPAK BALAS TANGKIS SISI LUAR BALAS TANGKIS BAWAH, AWAS BILANGAN 7 - KIRAAN 7 DAN 12 ALIH TAPAK DAN MENGHADAP BELAKANG SAMBIL TANGKIS SISI LUAR BALAS TANGKIS BAWAH.

  4. TENDANG LAMBUNG KEMUDI BERTAPAK
    TENDANG LURUS HADAPAN BERTAPAK, KIRAAN 7 DAN 12 ALIH TAPAK DAN MENGHADAP BELAKANG SAMBIL TANGKIS SISI LUAR BALAS TANGKIS BAWAH.

  5. SEPAK JURING(TOLAK LINTANG) BERTAPAK
    TENDANG SISI KE HADAPAN BERTAPAK, KIRAAN 7 DAN 12 ALIH TAPAK DAN MENGHADAP BELAKANG SAMBIL TANGKIS SISI LUAR BALAS TANGKIS BAWAH.

  6. SEPAK LAYANG(TEBAR JALA) BERTAPAK
    SEPAK LAYANG BERTAPAK, KIRAAN 7 DAN 12 ALIH TAPAK DAN MENGHADAP BELAKANG SAMBIL TANGKIS SISI LUAR BALAS TANGKIS BAWAH.

  7. GULUNGAN 41

(32) SERANGAN RAJAWALI BERTAPAK DALAM KEADAAN MENGIRING KE KANAN.

(33) BALAS HENTAK EMAS SEPUKAL (BELAKANG TANGAN)

(34) BERPUSING ARAH LAWAN JAM DALAM TAPAK YANG SAMA , TEMBI SIKU KIRI KE BELAKANG.

(35) UNDUR KAKI KANAN DAN TEMBI SIKU KANAN KE BELAKANG.

(36) SERANGAN RAJAWALI KE KIRI.

(37) TUMBUK PINTAL TALI KANAN BERTAPAK, BALAS TANGKIS SISI LUAR BALAS TANGKIS BAWAH.

(38) TENDANG TOLAK LINTANG (SEPAK JURING) KANAN KE HADAPAN, JATUH KAKI 90 DARJAH ARAH LAWAN PUTARAN JAM.

(39) TENDANG TOLAK LINTANG (SEPAK JURING) KIRI KE KIRI.

(40) KEMBALI KE TAPAK ASAL DALAM KEDUDUKAN ANAK HARIMAU.

(41) TENGGILING KE HADAPAN DAN DUDUK ANAK HARIMAU.

 

ASAS ELAKAN IV
(PELANGI MERAH KE PELANGI MERAH CULA I)

  1. ELAK TANGKIS SISI DALAM DENGAN TANGAN KANAN (UNDUR KAKI KIRI 90 DARJAH KE BELAKANG), BALAS CAKAR MUKA KANAN(TAMPAR HARIMAU) BALAS SERANGAN CAKAR HELANG KANAN KE MATA PENYERANG(PADAM LAMPU).

  2. ELAK PUTAR ARAH LAWAN PUTARAN JAM(SELAYANG PANDANG LUAR) DIIKUTI SERANGAN TEMBI SIKU KIRI KE TENGKUK PENYERANG.

  3. ELAK PUTAR ARAH LAWAN PUTARAN JAM BALAS SERANGAN PANCUNG KIRI KE LEHER KANAN BALAS SERANGAN HENTAKAN KE KEDUA-DUA BELAH TELINGA PENYERANG(PECAH GENDANG), CENGKAM SILANG BAHU PENYERANG, BALAS SERANGAN LUTUT KANAN KE RUSUK KANAN PENYERANG.

  4. ELAK SISI KIRI (YOI KIRI) DAN BUAT SERANGAN LUTUT KANAN KE ULU HATI SAMBIL PANCUNG KANAN KE TENGKUK PENYERANG.

  5. ELAK MELUTUT(DUDUK ANAK HARIMAU) DAN SERANG PENYAWA PENYERANG(TUMBUK PINTAL TALI TIGA KALI).

  6. ELAK SISI DALAM SAMBIL SEPAK RAJANG KANAN KE SASARAN ULU HATI/LEHER PENYERANG.

  7. ELAK SISI (GELEK BADAN ARAH KE KIRI), BALAS GELEK SAMBIL TANGAN KIRI MENEKAN BELAKANG BAHU DAN TANGAN KANAN MENANGKAP PERGELANGAN TANGAN PENYERANG MANAKALA KAKI KANAN MEMBENTIS HADAPAN.

 

LOMPATAN HARIMAU

  1. TENGGILING HADAPAN + TENGGILING BERSENJATA + TENGGILING BELAKANG

  2. BANGUN MELENTING ULAT + HARIMAU MELENTING KE HADAPAN + HARIMAU MELENTING KE BELAKANG

  3. HARIMAU MEMBALING ANGIN TANPA HALANGAN

  4. HARIMAU MENGHAMBUR MANGSA BERHALANGAN RENDAH(10 - 15 HALANGAN)

  5. HARIMAU MENGHAMBUR DAHAN BERHALANGAN TINGGI(7 HALANGAN)

 

SENI PEMECAHAN(MEMECAH BATU GENTING)

MENGHENTAK DI BAHAGIAN SISI KEPALA DENGAN 3 KEPING GENTING(WANITA 2 KEPING)

 

SENI PISAU(PISAU SATU & PISAU DUA)

  1. ASAS GERAKAN
  2. ASAS ELAKAN
  3. KUNCI MATI PISAU(1 - 21)
  4. BUAH TAPAK SENJATA(1 - 21)

 

ASAS GERAKAN V
(PELANGI MERAH CULA I KE PELANGI MERAH CULA II)

  1. TUMBUK BERBALAS DITURUTI TENDANG LURUS DALAM TAPAK, KEMUDIAN BERKISAR TAPAK.

  2. TUMBUK BERBALAS DITURUTI TENDANG LURUS BERTAPAK, KIRAAN 7 DAN 12 ALIH TAPAK DAN MENGHADAP BELAKANG SAMBIL TANGKIS SISI LUAR BALAS TANGKIS BAWAH.

  3. SIKU LAYANG KE TAPAK TANGAN MELANGKAH BALAS PANCUNG BALAS TANGKIS SISI LUAR BALAS TANGKIS BAWAH, KIRAAN 7 DAN 12 ALIH TAPAK DAN MENGHADAP BELAKANG SAMBIL TANGKIS SISI LUAR BALAS TANGKIS BAWAH.

  4. SERANGAN RAJAWALI BALAS HENTAK EMAS SEPUKAL BALAS TENDANG LURUS MELANGKAH, KIRAAN 7 DAN 12 ALIH TAPAK DAN MENGHADAP BELAKANG SAMBIL TANGKIS SISI LUAR BALAS TANGKIS BAWAH.

  5. PUTAR 180 DARJAH IKUT PUTARAN JAM SAMBIL MELAKUKAN TAMPARAN HARIMAU MELANGKAH KE HADAPAN BALAS SEPAK JURING, KIRAAN 7 DAN 12 PUSING ARAH KE BELAKANG.

  6. SEPAK JURING BERSILANG KAKI BERGERAK KE SISI, KIRAAN 7 DAN 12 PUSING ARAH KE BELAKANG.

  7. GULUNGAN 51

(42) SERANGAN RAJAWALI BALAS HENTAK EMAS SEPUKAL BERTAPAK.

(43) TENDANG LAMBUNG KIRI BERTAPAK.

(44) KAKI KANAN MENYILANG KE KIRI MELALUI BELAKANG KAKI KIRI DAN SIMBAR CAKAR HELANG.

(45) TOLAK LINTANG KANAN KE KANAN BERSILANG KAKI.

(46) TOLAK LINTANG KIRI KE KIRI BERSILANG KAKI.

(47) LAYANG TEMBI SIKU KE KIRI SAMBIL BERTAPAK, MENGHADAP KEDUDUKAN ASAL SAMBIL HENTAK EMAS SEPUKAL KANAN ATAS TELAPAK TANGAN KIRI, DUDUK ANAK HARIMAU DAN TIMANG PUTERI.

(48) MELENTING PACAT(HARIMAU MELENTING HADAPAN).

(49) TENGGILING BELAKANG(LOMPAT ATAS ANGIN BELAKANG).

(50) MELENTING ULAT(BANGUN MELENTIK).

(51) DUDUK ANAK HARIMAU.

 

ASAS ELAKAN V
(PELANGI MERAH CULA I KE PELANGI MERAH CULA II)

  1. MASUK LUAR TERUS TUMBUK KANAN TELINGA PENYERANG(SAMBIL TANGAN KIRI TEPIS SIKU).

  2. CONDONG KE KIRI, TUMBUK SEPUKAL KANAN ULU HATI BALAS PANCUNG DAYUNG KANAN BELIKAT PENYERANG BALAS PANCUNG KIRI KE TENGKUK PENYERANG.

  3. ELAK DALAM, SEPUKAL KIRI ULU HATI BALAS PANCUNG KANAN TENGKUK PENYERANG, TANGAN KANAN KILAS PERGELANGAN TANGAN KANAN PENYERANG DARI ATAS IKUT ARAH PUTARAN JAM (PENYERANG TERTUNDUK) SAMBIL TARIK TAPAK KANAN KE BELAKANG.

  4. ELAK DALAM, SERANGAN CAKAR HELANG MATA PENYERANG(PADAM LAMPU), TERUS TANGKAP SILANG KE LEHER PENYERANG DAN REBAHKAN PENYERANG KE SISI KANAN (PANGKU DENGAN PAHA KANAN).

  5. MASUK DALAM (MAJU TAPAK KIRI), SEPUKAL KIRI ULU HATI, TANPA BERTAPAK, PUTAR 180 DARJAH IKUT ARAH PUTARAN JAM BALAS TEMBI SIKU KANAN RAHANG LAWAN.

  6. MASUK DALAM (MAJU TAPAK KIRI), SEPUKAL KIRI ULU HATI, PUTAR BADAN ARAH PUTARAN JAM, BALAS TEMBI SIKU KANAN MUKA PENYERANG, TARIK TANGAN KANAN DAN TOLAK BELIKAT PENYERANG KE HADAPAN SAMBIL KAKI KANAN MEMBENTIS KAKI KANAN PENYERANG DARI HADAPAN KE BELAKANG (RIMBAT KUDA GILA) HINGGA PENYERANG JATUH TERTIARAP.

  7. ELAK LUAR (UNDUR TAPAK KANAN), TANGAN KANAN SENTAP PERGELANGAN TANGAN KANAN PENYERANG MANAKALA TANGAN KIRI MENYIKU MUKA PENYERANG.

 

LOMPATAN HARIMAU

  1. TENGGILING HADAPAN + TENGGILING BERSENJATA + TENGGILING BELAKANG

  2. BANGUN MELENTING ULAT + HARIMAU MELENTING HADAPAN + HARIMAU MELENTING BELAKANG

  3. HARIMAU MEMBALING ANGIN HALANGAN RENDAH(7 HALANGAN)

  4. HARIMAU MEMBALING ANGIN HALANGAN TINGGI(5 HALANGAN)

  5. HARIMAU MEMUSING RODA DAN MELENTING KE BELAKANG 3 KALI

 

SENI PEMECAHAN(MEMECAH BATU GENTING)

MENJURUS KE BUMI BERTATANGKAN 4 KEPING BATU GENTING(WANITA 3 KEPING)

 

SENI KERIS(KERIS SATU & KERIS DUA)

  1. ASAS GERAKAN
  2. ASAS ELAKAN
  3. KUNCI MATI KERIS(1 - 21)
  4. BUAH TAPAK SENJATA(1 - 21)

 

ASAS GERAKAN VI
(PELANGI MERAH CULA II KE PELANGI MERAH CULA III)

 

ASAS ELAKAN VI
(PELANGI MERAH CULA II KE PELANGI MERAH CULA III)

  1. MELANGKAH KANAN KE SISI KANAN PENYERANG, BERPUSING ARAH LAWAN PUTARAN JAM(ELAK PUTAR LAWAN JAM) SAMBIL MEMBUAT TAMPARAN HARIMAU KIRI MUKA PENYERANG(SAMBIL TAPAK KIRI DITARIK KE BELAKANG).

  2. MELANGKAH KIRI KE SISI KIRI PENYERANG, BERPUSING ARAH PUTARAN JAM(ELAK PUTAR ARAH JAM) SAMBIL MEMBUAT TAMPARAN HARIMAU KANAN KE MUKA PENYERANG(SAMBIL TARIK TAPAK KANAN KE BELAKANG).

  3. ELAK TANGKIS KUAK SISI DALAM KANAN(TARIK KAKI KIRI 90 DARJAH KE BELAKANG), BALAS TAMPARAN HARIMAU KIRI KE MUKA PENYERANG.

  4. ELAK TANGKIS KUAK SISI DALAM KANAN(TARIK KAKI KIRI 90 DARJAH KE BELAKANG), BALAS TAMPARAN HARIMAU KANAN KE MUKA PENYERANG.

  5. ELAK TANGKIS KUAK SISI DALAM KIRI(TARIK KAKI KANAN 90 DARJAH KE BELAKANG), BALAS TAMPARAN HARIMAU KANAN BERTAPAK(MELANGKAH KAKI KANAN), PUSING BADAN ARAH LAWAN JAM, BALAS TAMPARAN HARIMAU KIRI(SAMBIL TARIK TAPAK KIRI).

  6. ELAK TANGKIS KUAK SISI DALAM KIRI(TARIK KAKI KANAN 90 DARJAH KE BELAKANG), BALAS TAMPARAN HARIMAU KANAN BERTAPAK(MELANGKAH KAKI KANAN), PUSING BADAN ARAH LAWAN PUTARAN JAM BALAS TAMPARAN HARIMAU KIRI(SAMBIL TARIK TAPAK KIRI), RENTAP KANAN BAHU KIRI PENYERANG BALAS SERANGAN LUTUT KANAN KE PINGGANG PENYERANG.

  7. MELANGKAH KAKI KIRI KE SISI KIRI PENYERANG(ELAK PUTAR ARAH JAM), SAMBIL SEPUKAL(CENGKAMAN HARIMAU) KIRI ULU HATI/RUSUK, DUDUK ANAK HARIMAU(MELUTUT), PUTAR BADAN ARAH PUTARAN JAM BALAS TENDANGAN KUDA GILA KANAN KE ULU HATI PENYERANG(KEDUA-DUA TANGAN MENONGKAT BADAN DI TANAH).

 

LOMPATAN HARIMAU

  1. TENGGILING HADAPAN + TENGGILING BERSENJATA + TENGGILING BELAKANG

  2. BANGUN LENTING ULAT + HARIMAU MELENTING HADAPAN + HARIMAU MELENTING BELAKANG + HARIMAU MEMBALING ANGIN KE HADAPAN + HARIMAU MEMBALING ANGIN KE BELAKANG

  3. HARIMAU MEMUSING RODA + HARIMAU MELENTING KE BELAKANG(2 KALI) + HARIMAU MEMBALING ANGIN KE BELAKANG(1 KALI)

 

SENI PEMECAHAN(MEMECAH BATU GENTING)

  1. MENETAK DENGAN TANGAN KANAN(LELAKI 5 KEPING/WANITA 4 KEPING)

  2. MENYIKU DENGAN TANGAN KANAN(LELAKI 3 KEPING/WANITA 2 KEPING)

  3. MENENDANG SEPARUH BULATAN DENGAN KAKI KANAN(LELAKI 3 KEPING/WANITA 2 KEPING)

  4. MENJURUS DENGAN TANGAN KIRI(LELAKI 3 KEPING/WANITA 2 KEPING)

 

SENI SIMBAT/SIMBAT SUK

  1. ASAS GERAKAN
  2. ASAS ELAKAN
  3. KUNCI MATI SIMBAT/SIMBAT SUK(1 - 21)
  4. BUAH TAPAK SENJATA(1 - 21)

 

ASAS GERAKAN VII
(PELANGI MERAH CULA III KE PELANGI KUNING)

 

ASAS ELAKAN VII
(PELANGI MERAH III KE PELANGI KUNING)

 

SENI PEMECAHAN(MEMECAH BATU GENTING)

  1. MENETAK DENGAN TANGAN KANAN(LELAKI 7 KEPING/WANITA 5 KEPING)

  2. MENYIKU DENGAN TANGAN KANAN(LELAKI 3 KEPING/WANITA 2 KEPING)

  3. MENENDANG SEPARUH BULATAN DENGAN KAKI KIRI(LELAKI 3 KEPING/WANITA 2 KEPING)

  4. MENENDANG JURING DENGAN KAKI KANAN(LELAKI 3 KEPING/WANITA 2 KEPING)

  5. MENGHENTAK SISI KEPALA DENGAN GENTING(LELAKI 3 KEPING/WANITA 2 KEPING)

 

SENI PARANG(PARANG SATU & PARANG DUA)

  1. ASAS GERAKAN
  2. ASAS ELAKAN
  3. KUNCI MATI PARANG(1 - 21)
  4. BUAH TAPAK SENJATA(1 - 21)