Make your own free website on Tripod.com

ASAS GERAKAN I (AWAN PUTIH)

 

  1. TUMBUK PINTAL TALI
    TANGAN KANAN TUMBUK LURUS BERPINTAL KEMUDIAN BERKISAR TAPAK MENGHADAP KANAN BALAS TANGAN KIRI TUMBUK LURUS BERPINTAL KEMUDIAN BERKISAR TAPAK MENGHADAP HADAPAN.
  2. PANCUNG DAYUNG
    TANGAN KANAN PANCUNG SAMBIL BERKISAR TAPAK MENGHADAP KANAN BALAS TANGAN KIRI PANCUNG DAYUNG SAMBIL BERKISAR TAPAK MENGHADAP HADAPAN.
  3. TUMBUK BERTAPAK
    TUMBUK LURUS BERTAPAK MULA DENGAN KANAN, KIRAAN 7 DAN 12 ALIH TAPAK DAN MENGHADAP BELAKANG SAMBIL TANGKIS SISI LUAR.
  4. TENDANG LURUS (LAMBUNG KEMUDI)
    KAKI KANAN TENDANG LURUS HADAPAN BALAS KAKI KIRI.
  5. SEPAK JURING (TOLAK LINTANG)
    KAKI KANAN TENDANG SISI BALAS KAKI KIRI.
  6. SEPAK LAYANG(TEBAR JALA)
    KAKI KANAN TENDANG LAYANG BALAS KAKI KIRI.
  7. GULUNGAN 10
  1. TENDANG LAMBUNG KEMUDI KIRI BERTAPAK DALAM KEDUDUKAN TAPAK MENGIRING.
  2. SEPAK TEBAR JALA KANAN KE HADAPAN, KAKI KANAN JATUH PADA PUSINGAN 270 DARJAH ARAH LAWAN PUTARAN JAM.
  3. TENDANG TOLAK LINTANG KIRI, TANGAN KIRI BERSEDIA MEMANCUNG.
  4. PANCUNG DAYUNG KIRI DALAM KEDUDUKAN KAKI SELARI.
  5. TUMBUK PINTAL TALI KANAN BERTAPAK DAN TERUS MENGIRING KE KIRI BERSEDIA, DALAM KEDUDUKAN TAPAK SELARI.
  6. TENDANG TOLAK LINTANG KIRI, TANGAN KIRI BERSEDIA MEMANCUNG.
  7. PANCUNG DAYUNG KIRI DALAM KEDUDUKAN KAKI SELARI.
  8. TUMBUK PINTAL TALI KANAN BERTAPAK DAN TERUS MENGIRING KE KIRI BERSEDIA, DALAM KEDUDUKAN TAPAK SELARI.
  9. TENDANG TOLAK LINTANG KIRI.
  10. KEMBALI KE KEDUDUKAN ASAL, DUDUK ANAK HARIMAU.

 

ASAS ELAKAN I(AWAN PUTIH)

  1. ELAK LUAR DENGAN UNDUR KAKI KANAN DAN TANGKIS KUAK SISI DALAM DENGAN TANGAN KIRI.
  2. ELAK LUAR DENGAN UNDUR KAKI KANAN DAN TANGKIS KIRI BAWAH.
  3. ELAK LUAR DENGAN UNDUR KAKI KANAN DAN SANGGA LANGIT/TANGKIS KIRI ATAS.
  4. ELAK LUAR DENGAN GERAKAN TANGKIS - TANGKAP - KILAS TANGAN PENYERANG (ARAH PUTARAN JAM) DIIKUTI DENGAN SEPAK TEBAR JALA KANAN KE DADA.
  5. MASUK LUAR (MELANGKAH KANAN) SAMBIL MENAMPAN KIRI PANGKAL LENGAN PENYERANG DIIKUTI DENGAN SERANGAN TUMBUK PINTAL TALI KE ANAK RUSUK.
  6. ELAK DALAM DENGAN MEMBUAT TAMPANAN KIRI KE BAHU KANAN PENYERANG.
  7. ELAK SAMBIL JURING KANAN PELIPAT LUTUT KAKI KANAN PENYERANG DIIKUTI SERANGAN PANCUNG DAYUNG KANAN KE TENGKUK.

 

ASAS GERAKAN II (PELANGI HIJAU)

  1. TUMBUK BALAS TANGKIS SISI LUAR SAMBIL BERKISAR TAPAK.
  2. TUMBUK BALAS PANCUNG SAMBIL BERKISAR TAPAK.
  3. TUMBUK BERTAPAK, TARIK TAPAK SAMBIL TANGAN KANAN SIKU BELAKANG DAN TANGAN KIRI TANGKIS SISI DALAM BALAS TANGKIS BAWAH. KIRAAN 7 TAPAK TIDAK DITARIK. KIRAAN 8-11 TUMBUK BERTAPAK KIRI, TARIK TAPAK SAMBIL TANGAN KIRI SIKU BELAKANG DAN TANGAN KANAN TANGKIS SISI DALAM BALAS TANGKIS BAWAH. KIRAAN 12 SIMPAN TAPAK.
  4. TENDANG LURUS BALAS JURING DENGAN KAKI SAMA TANPA JATUH TAPAK.
  5. TENDANG LAYANG BALAS JURING HADAPAN DENGAN KAKI SAMA.
  6. CAKAR HELANG/CENGKAM RAJAWALI BALAS HENTAK EMAS SEPUKAL, KEDUA-DUA TANGAN CAKAR HADAPAN, GENGGAM DAN HENTAK BELAKANG TANGAN DAN KISAR TAPAK.
  7. GULUNGAN 21

BERSEDIA DALAM KEDUDUKAN HARIMAU MENYIMPAN KUKU DI RUSUK KIRI.

(11) TUMBUK KIRI BERKISAR TAPAK KE KANAN BALAS PANCUNG DAYUNG KE HADAPAN.

(12) TUMBUK PINTAL TALI KANAN, TANGKIS SISI ATAS BALAS KUN.

(13) SERANGAN RAJAWALI/CAKAR HELANG BERTAPAK, BALAS HENTAK EMAS SEPUKAL.

(14) TENDANG LAMBUNG KEMUDI KIRI BERTAPAK, BERSEDIA MEMANCUNG.

(15) KAKI KANAN MENYILANG KE BELAKANG KAKI KIRI, PUTAR 180 DARJAH IKUT ARAH PUTARAN JAM, DAN PANCUNG DAYUNG KANAN KE HADAPAN.

(16) SERANGAN RAJAWALI (PADAM LAMPU) KANAN KE KANAN DALAM KEADAAN TAPAK SELARI.

(17) TOLAK LINTANG KANAN KE KANAN, KAKI KANAN JATUH 90 DARJAH ARAH LAWAN JAM.

(18) TUMBUK PINTAL TALI KANAN BERTAPAK BALAS TANGKIS ATAS DAN BAWAH.

(19) TENDANG TEBAR JALA KANAN KE KIRI, SAMBIL PUTAR 180 DARJAH ARAH LAWAN JAM.

(20) SEPAK RAJANG (LOMPAT TENDANG) KANAN.

(21) KEMBALI KE TAPAK ASAL DALAM KEDUDUKAN DUDUK ANAK HARIMAU.

 

ASAS ELAKAN II (PELANGI HIJAU)

  1. TENDANG TOLAK LINTANG KIRI KE RUSUK KANAN PENYERANG.
  2. TENDANG TOLAK LINTANG KANAN KE RUSUK KANAN PENYERANG.
  3. SEPAK TEBAR JALA KANAN KE DADA PENYERANG.
  4. RIMBAT HELANG KIRI PERGELANGAN TANGAN KANAN PENYERANG.
    (BALAS TOLAK LINTANG KIRI KE RUSUK).
  5. RIMBAT HELANG KANAN PERGELANGAN TANGAN KANAN PENYERANG (BALAS TOLAK LINTANG KANAN KE RUSUK).
  6. JALA TEBAR KANAN BELIKAT KANAN PENYERANG.
  7. RIMBAT RELANG KIRI KAKI KANAN PENYERANG BALAS JURING KIRI KE PENYAWA.

 

ASAS GERAKAN III(PELANGI MERAH)

  1. TUMBUK BALAS TANGKIS SISI LUAR BALAS KUN KEMUDIAN BERKISAR TAPAK.
  2. TUMBUK BALAS TANGKIS SISI LUAR BALAS PANCUNG SAMBIL BERKISAR TAPAK.
  3. CAKAR HELANG BALAS HENTAK EMAS SEPUKAL BALAS TENDANG LURUS KAKI YANG DI BELAKANG DAN KISAR TAPAK.
  4. TENDANG LURUS HADAPAN BALAS TENDANG KUDA BELAKANG DENGAN KAKI SAMA.
  5. TENDANG TEBAR JALA SEPARUH BULATAN DAN MENGHADAP BELAKANG BALAS TENDANG JALA TEBAR(TENDANG CANGKUK) SEPARUH BULATAN DAN MENGHADAP HADAPAN SEMULA DENGAN KAKI SAMA, DAN SETERUSNYA KAKI KIRI.
  6. TENDANG TEBAR JALA KANAN SEPARUH BULATAN DAN MENGHADAP BELAKANG BALAS JALA TEBAR KIRI SEPARUH BULATAN DAN MENGHADAP HADAPAN, DAN SETERUSNYA KAKI KIRI BALAS KAKI KANAN.
  7. GULUNGAN 31

(22) SIMBAR CAKAR HELANG/TAMPAR HARIMAU SISI KANAN (SASARAN KE HADAPAN) DIJULANG MELEPASI KEPALA SAMBIL BERPUTAR TAPAK 180 DARJAH IKUT ARAH JAM.

(23) BALAS SIMBAR CAKAR HELANG/TAMPAR HARIMAU SISI KIRI DIJULANG MELEPASI KEPALA SAMBIL BERPUTAR TAPAK 180 DARJAH LAWAN PUTARAN JAM KE KEDUDUKAN ASAL.

(24) TIMANG PUTERI.

(25) TUMBUK PINTAL TALI TIGA KALI.

(26) TENDANG SULA KANAN BALAS TOLAK LINTANG, KAKI KANAN JATUH 90 DARJAH ARAH LAWAN JAM.

(27) PUSING RODA KE KIRI.

(28) TENDANG TOLAK LINTANG KANAN TERBANG, JATUH MENGIRING ATAS LAMBUNG KIRI DAN BERSEDIA UNTUK MENJURING.

(29) JURING KANAN.

(30) BERGOLEK KE KIRI ARAH LAWAN PUTARAN JAM DAN JURING KIRI.

(31) DUDUK ANAK HARIMAU.

 

ASAS ELAKAN III (PELANGI MERAH)

  1. ELAK DALAM (UNDUR TAPAK KIRI) DAN PANCUNG KANAN RUSUK PENYERANG.
  2. ELAK LUAR (UNDUR TAPAK KANAN) DAN PANCUNG KIRI RUSUK PENYERANG.
  3. ELAK PUTAR ARAH PUTARAN JAM (SELAYANG PANDANG DALAM) BALAS PANCUNG KANAN RUSUK PENYERANG.
  4. ELAK PUTAR LAWAN ARAH PUTARAN JAM (SELAYANG PANDANG LUAR) BALAS PANCUNG KIRI RUSUK LAWAN.
  5. ELAK MENGIRING KE SISI KIRI SAMBIL MENANGKAP CANGKUK (PATAH TEBU) TANGAN KANAN PENYERANG.
  6. ELAK SISI DALAM SAMBIL MEMBUAT TAMPANAN KIRI DI BAHU PENYERANG DAN DISUSULI SERANGAN TOMBAK TODAK KANAN KE HULU HATI PENYERANG.
  7. ELAK DALAM SAMBIL HENTAK ADAM KIRI SISI LUTUT KANAN PENYERANG DISUSULI SEPAKAN KAKI KANAN KE PENYAWA PENYERANG.

 

ASAS GERAKAN IV (PELANGI MERAH CULA I)

  1. TUMBUK PINTAL TALI BALAS TANGKIS SISI LUAR BALAS TANGKIS BAWAH, KEMUDIAN BERKISAR TAPAK.
  2. TUMBUK PINTAL TALI BALAS TANGKIS SISI LUAR BALAS TANGKIS BAWAH BALAS PANCUNG DAYUNG SAMBIL BERKISAR TAPAK.
  3. TUMBUK PINTAL TALI BERTAPAK BALAS TANGKIS SISI LUAR BALAS TANGKIS BAWAH, AWAS BILANGAN 7 - KIRAAN 7 DAN 12 ALIH TAPAK DAN MENGHADAP BELAKANG SAMBIL TANGKIS SISI LUAR BALAS TANGKIS BAWAH.
  4. TENDANG LAMBUNG KEMUDI BERTAPAK
    TENDANG LURUS HADAPAN BERTAPAK, KIRAAN 7 DAN 12 ALIH TAPAK DAN MENGHADAP BELAKANG SAMBIL TANGKIS SISI LUAR BALAS TANGKIS BAWAH.
  5. SEPAK JURING(TOLAK LINTANG) BERTAPAK
    TENDANG SISI KE HADAPAN BERTAPAK, KIRAAN 7 DAN 12 ALIH TAPAK DAN MENGHADAP BELAKANG SAMBIL TANGKIS SISI LUAR BALAS TANGKIS BAWAH.
  6. SEPAK LAYANG(TEBAR JALA) BERTAPAK
    TENDANG LAYANG BERTAPAK, KIRAAN 7 DAN 12 ALIH TAPAK DAN MENGHADAP BELAKANG SAMBIL TANGKIS SISI LUAR BALAS TANGKIS BAWAH.
  7. GULUNGAN 41

(32) SERANGAN RAJAWALI BERTAPAK DALAM KEADAAN MENGIRING KE KANAN.

(33) BALAS HENTAK EMAS SEPUKAL (BELAKANG TANGAN)

(34) BERPUSING ARAH LAWAN JAM DALAM TAPAK YANG SAMA , TEMBI SIKU KIRI KE BELAKANG.

(35) UNDUR KAKI KANAN DAN TEMBI SIKU KANAN KE BELAKANG.

(36) SERANGAN RAJAWALI KE KIRI.

(37) TUMBUK PINTAL TALI KANAN BERTAPAK, BALAS TANGKIS SISI LUAR BALAS TANGKIS BAWAH

(38) TENDANG TOLAK LINTANG (SEPAK JURING) KANAN KE HADAPAN, JATUH KAKI 90 DARJAH ARAH LAWAN PUTARAN JAM.

(39) TENDANG TOLAK LINTANG (SEPAK JURING) KIRI KE KIRI.

(40) KEMBALI KE TAPAK ASAL DALAM KEDUDUKAN ANAK HARIMAU.

(41) TENGGILING KE HADAPAN DAN DUDUK ANAK HARIMAU.

 

ASAS ELAKAN IV (PELANGI MERAH CULA I)

  1. ELAK TANGKIS SISI DALAM DENGAN TANGAN KIRI (UNDUR KAKI KANAN 90 DARJAH KE BELAKANG), BALAS TAMPAR HARIMAU KANAN MUKA BALAS SERANGAN CAKAR HELANG KANAN MATA(PADAM LAMPU).
  2. ELAK MELUTUT(DUDUK ANAK HARIMAU), TIMANG PUTERI BALAS TUMBUK PINTAL TALI 3 KALI.
  3. ELAK SISI KIRI (YOI KIRI) DAN BUAT SERANGAN LUTUT KANAN KE DADA SAMBIL TETAK KANAN TENGKUK.
  4. ELAK PUTAR ARAH LAWAN PUTARAN JAM BALAS SERANGAN PANCUNG KIRI KE LEHER KANAN BALAS SERANGAN HENTAKAN KE KEDUA-DUA BELAH TELINGA LAWAN (PECAH GENDANG), CENGKAM SILANG BAHU LAWAN, BALAS SERANGAN LUTUT KANAN KE RUSUK KANAN LAWAN.
  5. ELAK SISI DALAM SAMBIL SEPAK RAJANG KANAN KE SASARAN ULU HATI/LEHER LAWAN.
  6. ELAK SISI (GELEK BADAN ARAH KE KIRI), BALAS GELEK SAMBIL TANGAN KIRI MENEKAN BELAKANG BAHU DAN TANGAN KANAN MENANGKAP PERGELANGAN TANGAN LAWAN MANAKALA KAKI KANAN MEMBENTIS HADAPAN.
  7. MASUK LUAR (DENGAN MELANGKAH KANAN) BALAS SERANGAN TEMBI SIKU KANAN KE TENGKUK LAWAN (LAWAN TERTIARAP).

 

ASAS GERAKAN V (PELANGI MERAH CULA II KE ATAS)

  1. TUMBUK BALAS TUMBUK BALAS TENDANG LURUS DALAM TAPAK, KEMUDIAN BERKISAR TAPAK.
  2. TUMBUK BALAS TUMBUK BALAS TENDANG LURUS BERTAPAK, KIRAAN 7 DAN 12 ALIH TAPAK DAN MENGHADAP BELAKANG SAMBIL TANGKIS SISI LUAR BALAS TANGKIS BAWAH.
  3. SIKU LAYANG KE TAPAK TANGAN MELANGKAH BALAS PANCUNG BALAS TANGKIS SISI LUAR BALAS TANGKIS BAWAH, KIRAAN 7 DAN 12 ALIH TAPAK DAN MENGHADAP BELAKANG SAMBIL TANGKIS SISI LUAR BALAS TANGKIS BAWAH.
  4. SERANGAN RAJAWALI BALAS HENTAK EMAS SEPUKAL BALAS TENDANG LURUS MELANGKAH, KIRAAN 7 DAN 12 ALIH TAPAK DAN MENGHADAP BELAKANG SAMBIL TANGKIS SISI LUAR BALAS TANGKIS BAWAH.
  5. PUTAR 180 DARJAH IKUT PUTARAN JAM SAMBIL MELAKUKAN TAMPARAN HARIMAU MELANGKAH KE HADAPAN, KIRAAN 7 DAN 12 PUSING ARAH KE BELAKANG.
  6. TENDANG JURING BERSILANG KAKI BERTAPAK KE SISI, KIRAAN 7 DAN 12 PUSING ARAH KE BELAKANG.
  7. GULUNGAN 51

(42) SERANGAN RAJAWALI BALAS HENTAK EMAS SEPUKAL BERTAPAK.

(43) TENDANG LAMBUNG KIRI BERTAPAK.

(44) KAKI KANAN MENYILANG KE KIRI MELALUI BELAKANG KAKI KIRI DAN SIMBAR CAKAR HELANG.

(45) SILANGKAN KAKI KIRI MELALUI BELAKANG KAKI KANAN KE BELAKANG DAN TOLAK LINTANG KANAN KE KANAN.

(46) TOLAK LINTANG KIRI KE KIRI BERSILANG KAKI.

(47) LAYANG TEMBI SIKU KE KIRI SAMBIL BERTAPAK, MENGHADAP KEDUDUKAN ASAL SAMBIL HENTAK EMAS SEPUKAL KANAN ATAS TELAPAK TANGAN KIRI, DUDUK ANAK HARIMAU DAN TIMANG PUTERI.

(48) MELENTING PACAT.

(49) TENGGILING BELAKANG(ATAS ANGIN BELAKANG).

(50) MELENTING ULAT.

(51) DUDUK ANAK HARIMAU.

 

ASAS ELAKAN V (PELANGI MERAH CULA II KE ATAS)

  1. MASUK LUAR TERUS TUMBUK KANAN TELINGA LAWAN(SAMBIL TANGAN KIRI TEPIS SIKU).
  2. CONDONG KE KIRI, TUMBUK SEPUKAL KANAN ULU HATI BALAS PANCUNG DAYUNG KANAN BELIKAT LAWAN BALAS TETAK KIRI KE TENGKUK LAWAN.
  3. ELAK DALAM, SEPUKAL KIRI ULU HATI BALAS PANCUNG KANAN TENGKUK LAWAN, TANGAN KANAN KILAS PERGELANGAN TANGAN KANAN LAWAN DARI ATAS IKUT ARAH PUTARAN JAM (LAWAN TERTUNDUK) SAMBIL TARIK TAPAK KANAN KE BELAKANG.
  4. ELAK DALAM, SERANGAN CAKAR HELANG MATA LAWAN (PADAM LAMPU), TERUS TANGKAP SILANG KE LEHER LAWAN DAN REBAHKAN LAWAN KE SISI KANAN (PANGKU DENGAN PAHA KANAN).
  5. MASUK DALAM (MAJU TAPAK KIRI), SEPUKAL KIRI ULU HATI, TANPA BERTAPAK, PUTAR 180 DARJAH IKUT ARAH PUTARAN JAM BALAS TEMBI SIKU KANAN RAHANG LAWAN.
  6. MASUK DALAM (MAJU TAPAK KIRI), SEPUKAL KIRI ULU HATI, PUTAR BADAN ARAH PUTARAN JAM, BALAS TEMBI SIKU KANAN MUKA LAWAN, TARIK TANGAN KANAN DAN TOLAK BELIKAT LAWAN KE HADAPAN SAMBIL KAKI KANAN MEMBENTIS LAWAN DARI HADAPAN KE BELAKANG (RIMBAT KUDA GILA) HINGGA LAWAN JATUH TERTIARAP.
  7. ELAK LUAR (UNDUR TAPAK KANAN), TANGAN KANAN SENTAP PERGELANGAN TANGAN KANAN LAWAN MANAKALA TANGAN KIRI MENYIKU TELINGA KANAN LAWAN.