Make your own free website on Tripod.com
Sijil Gayong

Reka bentuk Sijil Gayong yang awal(dilukis oleh Pendita Za'ba di Singapura
dan diilhamkan oleh Mahaguru Meor Abdul Rahman)

Antara elemen yang terkandung di dalam Sijil Gayong ialah:

Lambang Gayong - berkait rapat dengan falsafah Gayong yang intinya membawa erti bersatu padu, iaitu Segayong, Sekendi, Seperigi, Seminum, Sejalan, Sejadi, Sedarah, Sedaging, Sepadu. Juga sebagai mengingati peristiwa Laksamana Hang Tuah dianugerahkan sepersalinan jubah yang berlambangkan seekor naga daripada Maharaja China.

Kain cindai merah - pakaian keperwiraan Hang Tuah lima bersaudara.

Tongkat Nabi Allah Ishak/Nabi Allah Musa(di kanan gambar) - membawa konotasi kebenaran akan mengatasi kebatilan.

Pokok kangkung - sebagai mengingati peristiwa Hang Tuah menunjukkan kebijaksanaannya untuk melihat Maharaja China di negara China.

Kata-kata hikmat Gayong - kata-kata keramat Datuk Laksamana Hang Tuah.