Make your own free website on Tripod.com

Peraturan 34 - Tingkatan Guru-guru dan Juru-jurulatih

1. Tingkatan Guru-guru dan Juru-jurulatih adalah seperti berikut:
Tingkatan I
Juru-jurulatih yang boleh mengajar bahagian tangan(Tapak Gayong)
Tingkatan II
Juru-jurulatih yang cukup cekap dalam pelajaran bahagian tangan(Pecahan Tapak Gayong)
Tingkatan III
Guru-guru yang boleh mengajar pelajaran Pisau, Keris dan Simbat (Seni)
Tingkatan IV
Guru-guru yang boleh mengajar Pisau, Keris, Simbat dan Parang Panjang
Tingkatan V
Guru-guru yang boleh mengajar Pisau, Keris, Simbat, Parang Panjang dan Lembing
Tingkatan VI
Guru-guru yang boleh mengajar Cendai, Yoi dan Belian
Tingkatan VII
Guru-guru yang cukup cekap dalam semua bahagian yang tersebut di atas

2. Sebelum guru-guru mendapat tingkatan III, IV, V dan VI mereka mestilah masuk dalam pertandingan. Syarat-syarat pertandingan akan ditentukan oleh Mahaguru dari semasa ke semasa.
 

Peraturan 35 - Tingkatan Tali Pinggang Guru-guru dan Juru-jurulatih

1.Tingkatan Tali Pinggang Guru-guru adalah seperti berikut:

2. Lama masa untuk mendapat tali pinggang.

3. Seni Tapak Harimau (harimau Pelangi Cula Sakti)

Tali pinggang Harimau Pelangi Cula Sakti ini akan diadakan ujian Pertandingan untuk mendapatkan antara satu Tingkatan ke satu Tingkatan yang hanya dihadkan sehingga ke Tingkatan Enam sahaja.