KRONOLOGI RIWAYAT HIDUP MAHAGURU DATO’ MEOR ABDUL RAHMAN BIN DAING UDA MOHD.HASHIM

 

1813

Daing Kuning tujuh bersaudara mendarat di Kuala Larut, tempat mendarat dinamakan Pangkalan Alur atau Relur Tujuh(kini dikenali sebagai Ayer Kuning).Hanya Daing Kuning yang terus menetap dan bertapa di situ(gua tempat pertapaan Daing Kuning masih lagi wujud dan terletak di Bukit Larut). Daing Kuning berkahwin dengan seorang puteri Raja Pattani dan dikurniakan anak iaitu Penghulu Che Ngah Tambah. Che Ngah Tambah ialah seorang pembesar negeri Perak(Orang Besar Lapan).

 

1875

Daing Kuning meninggal dunia dan dimakamkan di Kampung Tupai, Taiping. Che Ngah Tambah mempunyai empat orang isteri. Dari salah seorang isterinya, beliau dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakan Uda Mohd.Hashim. Anak-anak beliau yang lain ialah Long Khatijah(Long), Mariah(Yah), Aminah(Minah), Mariam(Yam); isteri lain – Alang Ahmad, Putih Mat Salleh, Ahmad dan Abdul Wahab.

 

Awal 1900-an

Uda Mohd.Hashim bernikah dengan Sharifah Aluyah binti Syed Zainal Al-Attas(seorang janda cantik).

Mereka telah berpindah dari Ayer Kuning ke Kampung Lake Garden, Taiping(dikurniakan tiga orang anak – Meor Abdul Aziz, Meor Abdul Rahman dan Siti Sa’diah di samping tiga anak daripada suami pertama Sharifah Aluyah iaitu Alin, Hendon dan Putih).


Daeng Uda Mohd. Hashim dan Syarifah Aluyah(gambar kiri) dan Meor Abdul Aziz (gambar kanan)

 

Salasilah Pewaris Gayong

17 Ogos,1915

Meor Abdul Rahman dilahirkan di Kampung Lake Garden.

 

1925

Berpindah ke Kampung Pokok Assam

Bersekolah di Sekolah Melayu Taiping (di Kamunting).

 

1928

Mula belajar Silat Seni Gayong daripada datuknya,Syed Zainal Al-Attas bersama-sama dengan 40 rakan.

 

1931

Tamat mempelajari Silat Seni Gayong, tetapi tidak dikhatamkan.

 

1933-35

Bersekolah di Sekolah Inggeris Kamunting dan Government Trade School, Ipoh.

Sering menziarahi kakaknya, Hendon di Kota Sarang Semut, Kedah(bersuamikan Zainal Abidin, seorang pegawai kanan polis berpangkat inspektor di Balai Polis Kota Sarang Semut).

 

1936

Menetap di rumah baru Hendon di Kuala Nerang, Kedah(Zainal Abidin dinaikkan pangkat ke pangkat ASP dan bertugas sebagai Ketua Polis Kuala Nerang).

Berkawan dengan Tengku Nong, anak saudara Tunku Abdul Rahman.

Berkenalan dengan Tok Mek Jah(berasal dari Menam, selatan Thailand)di pekan Rabu, Kuala Nerang.

Mengikuti Tok Mek Jah pulang ke Menam. Perjalanan menembusi Padang Sanai(bertanding dengan juara tomoi),Padang Terap(menemui Tok Choh), Kuak(menginap di rumah Lenchon, ketua kampung Siam; patahkan duit syiling perak untuk mengelak daripada bertarung dengan jaguh tomoi tempatan), Menam(dinding rumah penduduk diperbuat daripada kulit binatang).

Di dalam hutan Menam, Meor Abdul Rahman dikhatamkan oleh Hang Tuah(dalam mimpi?) di batu hitam(batu hitam ini sekarang telah ditenggelami air untuk dijadikan empangan).

Meor Abdul Rahman telah menghadap Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar di Manong dan menyembahkan taat setia. Beliau telah diuji dengan pelbagai ujian oleh Sultan. Sultan berpuas hati, memberi gelaran "Panglima Sendo Perak", dan berkenan mengambil beliau sebagai anak angkat. Meor Abdul Rahman diminta tinggal di istana.

 

1938

Sultan Alang Iskandar mangkat.

Meor Abdul Rahman kembali semula ke Kampung Pokok Assam. Beliau telah dikahwinkan dengan Som binti Hj.Kechik di Kota Sarang Semut. Som adalah orang tempatan Kota Sarang Semut dan telah tinggal bersama Hendon sejak Hendon menetap di Kota Sarang Semut lagi. Selepas berkahwin, mereka suami-isteri menetap di rumah Hendon di Kuala Nerang.

 

Penghujung 1938

Meor Abdul Rahman merantau ke Singapura bersama Zainal Abidin(sepupu).

Bekerja sebagai tukang kimpal di Naval Base. Naval Base baru sahaja dibuka dan dirasmikan pada ketika itu.

 

Pertengahan 1939

Bekerja sebagai mekanik di Royal Signal Corps, Gillman Barrack.

Menewaskan guru kombat yang berasal dari Hong Kong lalu dilantik menjadi guru kombat Royal Signal Corps yang baru.

Membawa isteri, Som Hj.Kechik ke Singapura.

 

1941

Pulang ke Kota Sarang Semut.
Tinggalkan isteri, Som Hj.Kechik yang sedang sarat mengandung di rumah Hendon di Kuala Nerang.

Dalam perjalanan pulang ke Singapura, beliau singgah di Taiping untuk menziarahi sepupunya, Nuteh binti Alang Ahmad. Beliau telah terpikat dengan anak Nuteh, Paridah binti Yusuf(Anin).

Tidak lama selepas itu, beliau telah berkahwin dengan Paridah dan dibawa ke Singapura.

Menyewa bilik di Bushi Park, Prince South Street(dekat pawagam Cathay); kemudian disertai oleh Som Hj.Kechik.

 

1942

Berpindah ke Raden Mas (di Kampung Baru). Menyewa sebuah rumah(dua isteri, ibu mertua, adik ipar lelaki, dan anak,Fazillah).

 

Februari,1942

Perang Dunia Kedua meletus di Singapura. Meor Abdul Rahman telah membina kubu bawah tanah.

Berpindah ke Batu 5 ½ Pasir Panjang(ada jeti di situ). Kemudian berperahu ke Pulau Sudong.

 

17 Februari,1942

Jam 11.00 pagi,di rumah penghulu Pulau Sudong, tujuh orang murid pertama Gayong:Naning, Mat Resad, Ahmad Puah, Mustapa, Kekeh, Bendol dan Wak Kusang diperlimausintukkan.
Berjaya menyelamatkan penduduk wanita Pulau Sudong daripada ancaman keganasan tentera Jepun.

 

Pertengahan 1942

Kembali ke Taiping.

 

1943

Dituduh menderhaka oleh tentera Jepun, lalu beliau telah ditangkap dan dipenjarakan di Taiping.

Dijatuhi hukuman gantung tetapi beliau telah melawan, kemudian dibebaskan. Dua minggu kemudian dipaksa menyertai tentera Jepun. Ditugaskan di Taiping dan kemudian di Ipoh(Kampung Selibing).

Berkahwin dengan Syarifah Rehan binti Syed Chik(saudara sebelah ibu)(sebulan kemudian berpisah).

 

1945

Kembali semula ke Pulau Sudong dan ditawarkan menjadi Penghulu Besar.
Gayong berkembang di wilayah Indonesia.

Pulau Sudong menjadi Pusat Silat Seni Gayong.

 

1947

Berpindah ke Singapura kerana ditawarkan bekerja di Malayan Secret Service - Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura(ditugaskan menahan orang politik).

Empat bulan kemudian, mohon bertukar jabatan - bertukar ke Jabatan Siasatan Jenayah(ditugaskan di bahagian Merinyu Timbangan – mencegah penyeludupan dan penipuan dalam timbangan).

Dari Bahagian Merinyu Timbangan, kemudian berpindah ke Balai Polis Central, Singapura(mata-mata gelap berpangkat Sarjan).

Tinggal di tingkat dua, Kuarters Polis, Jabatan Siasatan Jenayah.

Memiliki motosikal Triumph sebagai kenaikan.

Paridah belajar menjahit di Geylang Serai manakala Som tinggal di rumah menjaga anak.

 

23 Disember,1947

Dikurniakan pingat King George VI oleh Kerajaan British.

 

1949

Gayong diperkenalkan kepada rakan-rakan di Jabatan Siasatan Jenayah. Tujuh orang murid pertama di tanah besar Singapura; antaranya Ahmad Suni, Mansor Fadal, Sinwan(CID), Jonid Hanim(CID),Salim(CID) dan Hosni Ahmad.

Bakar Sampah menjadi pusat latihan Gayong bagi tahun 1950-an.


Tertera gambar di atas ini ialah Mahaguru Silat Seni Gayong
bersama anak-anak muridnya. Pengenalan paling kiri sekali ialah Mahaguru Meor
Abdul Rahman,(2)Ahmed Suni, (3)Jonid bin Hanim, (4)Salim, dan paling kanan itulah
Hosni Ahmad atau Hosni Bachok namanya yang sebenar.

 

1954

Barisan wanita pertama sertai Gayong(kedua-dua isteri Mahaguru, Che Asmah/isteri Jonid, Aisyah/isteri Mansor Fadal, Rafeah Fadal, Hindun, Intan). Diserahkan di bawah pengawasan Ustaz Salim dan Said.

Jonid telah dilantik menjadi Wakil Tunggal di Singapura semasa ketiadaan Mahaguru.

 

1955

Gayong berkembang di Studio Jalan Ampas.
Antara yang menyertainya ialah Jasni Ahmad, Neng Yatimah(ibu bapa Roseyatimah), Kasma Booty, A.Rahim, dan Nordin Ahmad. Kasma Booty ialah wanita pertama yang diuji berjalan di atas bara api serta lengannya dituris dengan pisau.

Gelanggang Gayong di Singapura pada tahun 1950-an:

Paridah menjalankan kelas jahitan di Batu 4 ½ Pasir Panjang(rumah kedai dua tingkat). Meor Abdul Rahman telah berpindah ke tingkat atas kedai(tingkat bawah disewa oleh Paridah).

Murid Gayong bertambah ramai - Meor Abd.Rahman melantik Hosni Ahmad membantu Jonid mengajar di gelanggang serta menjalankan perlimau adat.

Berpindah ke Alexandra(menyewa rumah teres batu).

Paridah menjadi guru jahitan di Alexandra, Bukit Timah, Tanjung Pagar dan di Sekolah Latihan Polis, Thompson Road.


Mahaguru Meor Abdul Rahman bergambar bersama isteri(kiri)
dan seniwati Kasma Booty(kanan).

 

1957

Tengku Kassim, Tengku Laksamana Kedah datang ke Singapura menemui Meor Abdul Rahman.

Rombongan Silat Seni Gayong seramai 43 orang mengadakan persembahan silat di Sultan Abdul Hamid Sport Club.

Berpindah pula ke Woodlands(setelah dua tahun menetap di Alexandra).

Meor Abdul Rahman membina dua rumah papan(terletak dekat dengan kem tentera dan berhampiran pantai).

Som buka kedai runcit.Paridah mengajar jahitan di Balai Keranji, Woodlands.

Pusat Latihan Silat Seni Gayong ditubuhkan di Lorong Fatimah, Woodlands.


Mahaguru Meor Abdul Rahman(Mastika, 1958)

 

1958

Perkhataman keris kali kedua di Melaka.

 

1959

Dato’ Onn Jaafar bertemu dengan Meor Abdul Rahman dan melamar untuk menjadi ahli Gayong. Dato’ Onn telah dilantik sebagai Penasihat dan Waris Beradat Gayong.

Meor Abdul Rahman diundang ke Melaka untuk mengadakan persembahan silat di Bukit Lintang.

Lembaga Beradat Gayong mula dibentuk dengan perlantikan Orang Besar 4,Orang Besar 8, Orang Besar 16 dan Orang Besar 32.

Meor Abdul Rahman bersama Dato’ Onn Jaafar serta rombongan Gayong dari Singapura telah melawat Kedah.

 

1961

Meor Abdul Rahman bersara daripada perkhidmatan kerajaan(kepolisan) dan menumpukan sepenuh perhatian untuk mengembangkan Gayong, berpusat di kediamannya, di No.13A, Lorong Fatimah, Woodlands, Singapura.

 

9 Disember 1961

Sharifah Aluyah meninggal dunia dan dimakamkan di Ayer Kuning.

 

1962

Meor Abdul Rahman melawat Kedah, dan membawa guru-guru dari Kedah untuk mengembangkan Gayong di Negeri Sembilan, Johor dan Singapura.

Meor Abdul Rahman telah mendaftarkan Silat Seni Gayong sebagai sebuah pertubuhan berdaftar. Dato’ Onn telah merangka perlembagaan pertubuhan.

 

November 1962

Meor Abdul Rahman membawa guru-guru Kedah di Singapura bergerak naik ke Melaka dan membuka gelanggang di Taboh Naning, Alor Gajah dan Bukit Lintang.

 

Disember,1962

Meor Abdul Rahman melantik Abd.Majid Mat Isa menjadi Gurulatih Tertinggi merangkap Timbalan Pengarah Silat Seni Gayong.


Mahaguru Meor Abdul Rahman bersama dengan Cikgu Abdul Majid
Mat Isa(Kedah)(kiri) dan Cikgu Awang Daud(Kedah)(kanan).

 

Januari,1963

Meor Abdul Rahman bersama rombongan Gayong dari Singapura melawat ke Kedah.

 

Mac,1963

Meor Abdul Rahman membawa tujuh orang guru dari Kedah untuk kembangkan Gayong ke seluruh Tanah Melayu. Tiba di Perak, buka gelanggang di Kampung Ayer Kuning, Kampung Terong dan Kampung Lubuk Terong. Dari Perak, rombongan seterusnya menuju ke Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Singapura.

Meor Abdul Rahman telah memanggil semua guru yang bertugas di Semenanjung untuk menghadiri kenduri perkahwinan Fazillah di Lorong Fatimah, Woodlands.

 

22 Oktober,1963

Pendaftaran Silat Seni Gayong diluluskan dan dikenali sebagai Pertubuhan Silat Seni Gayong dengan nombor pendaftaran 361.


Mahaguru Meor Abdul Rahman ketika menetap di Kuala Lumpur

 

1964

Mesyuarat Agung PSSGM pertama di Gurun ,Kedah. Meor Abd.Rahman(YDP) dan Meor Abdul Aziz(NYDP).

Ibu pejabat PSSGM berpindah ke Kota Sarang Semut – Meor Abdul Rahman turut berpindah dari Singapura dan menetap di Kedah.

Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong telah berpindah dari Woodlands, Singapura ke Kota Sarang Semut, Kedah. Bagaimanapun, upacara adat istiadat dijalankan di Ayer Kuning, Taiping.

Gayong Perdana yang pertama diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Setar dan dirasmikan oleh Sultan Kedah, Sultan Abd.Halim Muadzam Syah.

 

18 Februari,1964

Uda Mohd.Hashim meninggal dunia dan dimakamkan di Ayer Kuning.

 

1965

Perdana Gayong kedua diadakan di Stadium Kubu, Melaka.

 

1966

Meor Abdul Aziz meninggal dunia.

 

1967

Istiadat pertabalan ahli Lembaga Beradat diadakan di Ayer Kuning, Taiping.

 

31 Ogos,1967

Sambutan 10 tahun Merdeka - 500 orang ahli Gayong telah mengetuai perbarisan.

 

1969

Meor Abdul Rahman menetap di Ayer Kuning, Taiping.
Dato’ Harun Hj.Idris diisytihar sebagai Imam Khalifah Selangor.

 

1970

Meor Abdul Rahman bersama Setiausaha Agung PSSGM dan dua pesilat Seni Gayong diundang ke Osaka, Jepun(mengadakan persembahan silat selama dua minggu di Osaka ‘70).

Balai adat PSSGM dan Serantau dibentuk di Ayer Kuning.

 

27 Januari,1971

Balai Adat dan Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Idris Syah. Sultan Idris bersetuju menjadi Penaung Agung Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau.

 

1971

Meor Abd.Rahman dikurniakan darjah kebesaran Dato'Paduka Cura Si Manjakini(DPCM) oleh Sultan Perak(membawa gelaran Dato’) dan Dato’ Meor Abdul Rahman telah menggelarkan Sultan Perak, Sultan Idris Syah dengan gelaran Sang Sapurba Negara.

Silat Seni Gayong diperkenalkan kepada Angkatan Tentera Malaysia.

 

1973

Silat Seni Gayong diperkenalkan kepada Polis Diraja Malaysia.

Dato’ Meor Abdul Rahman menewaskan Bruce Lee di Hong Kong.

 

1974

Balai Adat baru dibina, khas untuk dilangsungkan upacara adat istiadat pertabalan, penganugerahan tauliah dan bengkung tertinggi.

Dato’ Meor Abd.Rahman melawat Sabah, bertemu Tun Datu Mustapha, Ketua Menteri Sabah.Tun Datu Mustapha telah dilantik sebagai Imam Khalifah Gayong bagi Negara-negara Islam.

 


Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman (Dewan Masyarakat, 1975).

Mac,1975

Tun Abdul Razak ditabalkan sebagai Timbalan Imam Khalifah Agung Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau.

 

1976

Dato’Meor Abd.Rahman dan Som Hj.Kechik melawat Sarawak, bertemu dengan Datuk Patinggi Hj. Abdul Rahman Yaakub, Ketua Menteri Sarawak.

 

11 Disember,1976

Televisyen BBC merakamkan upacara Mandi Minyak di Dewan Belia Kampung Pandan yang dijalankan oleh Dato’ Meor Abdul Rahman.

 

Julai,1977

Perkhataman keris kali kelima di Teluk Batik, Perak.

 

Ogos, 1977

Cikgu Abd.Majid Mat Isa dilucutkan jawatannya sebagai Gurulatih Tertinggi PSSGM oleh Dato' Meor Abdul Rahman.

April, 1978

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia(PSSPGM) ditubuhkan dan didaftarkan di Pulau Pinang.

 

20-23 Februari,1985

Dato’ Meor Abdul Rahman melawat ke Brunei kali pertama. Menghadap Sultan Brunei.

 

Januari,1986

Datin Som meninggal dunia.

 

19-21 Mac,1986

Dato’ Meor Abdul Rahman melawat Brunei kali kedua.

Dato’ Meor Abdul Rahman bersama Tuan Haji Ahmad Nayan melawat London.

 

Disember,1987

Dato’ Meor Abdul Rahman menghadiri Kejohanan Silat Sedunia di Kuala Lumpur. Pengakuan aktor Dicky Zulkarnain bahawa bukan beliau yang menewaskan Bruce Lee tetapi Dato’ Meor Abd.Rahman.

 

Disember,1989

Pertabalan ahli Lembaga Beradat Selangor dan perlantikan Tan Sri Muhammad bin Muhd. Taib sebagai Imam Khalifah Gayong Selangor.

 

Mei,1991

Perkhataman keris terakhir yang dijalankan oleh Dato’ Meor Abd.Rahman di Port Dickson, Negeri Sembilan.

 

23 Jun,1991

Dato’ Meor Abdul Rahman meninggal dunia di Ipoh Specialist Centre. Beliau dimakamkan di tanah perkuburan perkarangan Masjid Lama, Taiping.

Beliau meninggalkan seorang balu, Datin Paridah Yusuf dan anak-anaknya Fazillah, Siti Kalsom, Badek Ruzaman, Sazali, Sheera dll.