Make your own free website on Tripod.com

KRONOLOGI RIWAYAT HIDUP MAHAGURU DATO’ MEOR ABDUL RAHMAN BIN DAING UDA MOHD.HASHIM

 

  1813

Daing Kuning tujuh bersaudara mendarat di Kuala Larut, tempat mendarat dinamakan Pangkalan Alur atau Relur Tujuh(kini dikenali sebagai Ayer Kuning).Hanya Daing Kuning yang terus menetap dan bertapa di situ(gua tempat pertapaan Daing Kuning masih lagi wujud dan terletak di Bukit Larut). Daing Kuning berkahwin dengan seorang puteri Raja Patani dan dikurniakan anak iaitu Penghulu Che Ngah Tambah. Che Ngah Tambah ialah seorang pembesar negeri Perak(Orang Besar Lapan)

 

1875

Daing Kuning meninggal dunia dan dimakamkan di Kampung Tupai, Taiping. Che Ngah Tambah mempunyai empat orang isteri. Dari salah seorang isterinya, beliau dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakan Uda Mohd.Hashim. Anak-anak beliau yang lain ialah Long Khatijah, Mariah, Aminah, Mariam; isteri lain – Alang Abdul Rahman, Putih, Mohd.Salleh, Sareah.

 

Awal 1900-an

Uda Mohd.Hashim bernikah dengan Sharifah Aluyah binti Syed Zainal Al-Attas(seorang janda cantik).

Mereka telah berpindah dari Ayer Kuning ke Kampung Lake Garden, Taiping(dikurniakan tiga orang anak – Meor Abdul Aziz, Meor Abdul Rahman dan Siti Sa’diah di samping tiga anak daripada suami pertama Sharifah Aluyah iaitu Alin, Hendon dan Putih)

 

17 Ogos,1915

Meor Abdul Rahman dilahirkan di Kampung Lake Garden

 

1925

Berpindah ke Kampung Pokok Assam

Bersekolah di Sekolah Melayu Taiping (di Kemunting)

 

1928

Mula belajar Silat Seni Gayong daripada datuknya,Syed Zainal Al-Attas bersama-sama dengan 40 rakan.

 

1931

Tamat mempelajari Silat Seni Gayong, tetapi tidak dikhatamkan.

 

1933-35

Bersekolah di Sekolah Inggeris Kamunting dan Government Trade School, Ipoh

Sering menziarahi kakaknya, Hendon di Kota Sarang Semut, Kedah(bersuamikan Zainal Abidin, seorang pegawai polis berpangkat inspektor di Balai Polis Kota Sarang Semut).

 

1935

Menetap di rumah baru Hendon di Kuala Nerang, Kedah(Zainal Abidin dinaikkan pangkat ke pangkat ASP dan bertugas sebagai Ketua Polis Kuala Nerang).

Berkawan dengan Tengku Nong, anak saudara Tunku Abdul Rahman.

 

1936

Berkenalan dengan Tok Mek Jah(berasal dari Menam, selatan Thailand)di pekan Rabu, Kuala Nerang.

Mengikuti Tok Mek Jah pulang ke Menam. Perjalanan menembusi Padang Sanai(bertanding dengan juara tomoi),Padang Terap(menemui Tok Choh), Kuak(menginap di rumah Lenchon, ketua kampung Siam; patahkan duit syiling perak untuk mengelak daripada bertarung dengan jaguh tomoi tempatan), Menam(dinding rumah penduduk diperbuat daripada kulit binatang).

Di dalam hutan Menam – Meor Abdul Rahman dikhatamkan oleh Hang Tuah(dalam mimpi) di batu hitam(batu hitam ini sekarang telah ditenggelami air untuk dijadikan empangan). Hang Tuah telah mengamanahkan Meor Abdul Rahman agar mengembangkan Silat Seni Gayong ini seluas-luasnya dengan mengikut syarat-syarat tertentu dan adat-istiadat yang sejati. Hang Tuah juga telah mengarahkan beliau agar menghadap sultan yang memerintah negeri serta menyembahkan taat setia. Hang Tuah mendakwa bahawa Meor Abdul Rahman adalah orang yang paling gagah dan tiada manusia lain yang dapat mengalahkannya.

Kembali ke Taiping dan menghadap Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar di Manong(baginda sedang bermain mahjong). Baginda mengenali Sharifah Aluyah. Meor Abdul Rahman telah menyembahkan taat setia dan mengakui bahawa beliau adalah manusia yang gagah. Beliau telah mengangkat seorang berbadan besar dengan sebelah tangan(Puteh Lawak), membengkokkan paku sepanjang 6 inci, badan beliau digelek kereta Sultan, memutuskan rantai pengikat kaki gajah untuk membuktikan kegagahannya. Semua ujian dijalankan pada waktu malam.

Keesokan hari diperintah menghadap Sultan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Meor Abdul Rahman telah berlawan tarik tali dengan 30 orang lelaki serta berjaya mengangkat selaras meriam penabur yang terbesar di istana.

Sultan berkenan ambil beliau sebagai anak angkat dan Meor Abdul Rahman diminta tinggal di istana.

 

1938

Sultan Alang Iskandar mangkat.

Meor Abdul Rahman kembali semula ke Kampung Pokok Assam. Beliau telah dikahwinkan dengan Che Kalsom binti Hj.Kechik di rumah Hendon di Kota Sarang Semut. Che Kalsom adalah orang tempatan Kota Sarang Semut dan telah tinggal bersama Hendon sejak di Kota Sarang Semut. Selepas berkahwin, mereka suami-isteri menetap di rumah Hendon di Kuala Nerang.

 

Penghujung 1938

Meor Abdul Rahman merantau ke Singapura bersama Bidin(sepupu).

Bekerja sebagai tukang kimpal di Naval Base.

 

Pertengahan 1939

Bekerja sebagai mekanik di Royal Signal Corps, Gillman Barrack.

Menewaskan guru kombat yang berasal dari Hong Kong lalu dilantik menjadi guru kombat Royal Signal Corps yang baru.

Membawa isteri ke Singapura.

 

1941

Pulang ke Kota Sarang Semut

Tinggalkan isteri yang sedang sarat mengandung di rumah Hendon di Kuala Nerang.

Dalam perjalanan pulang ke Singapura, beliau singgah di Taiping untuk menziarahi sepupunya, Nuteh binti Alang Abd.Rahman. Beliau telah terpikat dengan anak Nuteh, Paridah binti Yusuf(Anin).

Tidak lama selepas itu, beliau telah berkahwin dengan Paridah dan dibawa ke Singapura.

Menyewa bilik di Bushi Park, Prince South Street(dekat pawagam Cathay); kemudian disertai oleh Che Kalsom.

 

1942

Berpindah ke Raden Mas (di Kampung Baru). Menyewa sebuah rumah(dua isteri, ibu mertua, adik ipar lelaki, dan anak,Siti Fadzilah).

 

Februari,1942

Perang Dunia Kedua meletus di Singapura. Meor Abdul Rahman telah membina kubu bawah tanah.

Berpindah ke Batu 5 ½ Pasir Panjang(ada jeti di situ). Kemudian berperahu ke Pulau Sudong.

 

17 Februari,1942

11.00 pagi – Tujuh orang murid pertama Gayong diperlimausintukkan.

Berjaya menyelamatkan penduduk wanita Pulau Sudong daripada ancaman keganasan tentera Jepun.

 

Pertengahan 1942

Kembali ke Taiping

 

1943

Dituduh menderhaka oleh tentera Jepun, lalu beliau telah ditangkap dan dipenjarakan di Taiping.

Dijatuhi hukuman gantung tetapi beliau telah melawan, kemudian dibebaskan. Dua minggu kemudian dipaksa menyertai tentera Jepun. Ditugaskan di Taiping dan kemudian di Ipoh(Kampung Selibing)

Berkahwin dengan Syarifah Rehan binti Syed Chik(saudara sebelah ibu)(sebulan kemudian berpisah).

 

1945

Kembali semula ke Pulau Sudong.

Gayong berkembang di Indonesia.

Pulau Sudong menjadi Pusat Silat Seni Gayong.

 

1947

Berpindah ke Singapura kerana ditawarkan bekerja di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura(ditugaskan menahan orang politik).

Empat bulan kemudian, mohon bertukar jabatan – bertukar ke Jabatan Siasatan Jenayah(ditugaskan di bahagian Merinyu Timbangan – mencegah penyeludupan dan penipuan dalam timbangan).

Dari Bahagian Merinyu Timbangan, kemudian berpindah ke Balai Polis Central, Singapura(mata-mata gelap berpangkat Sarjan).

Tinggal di tingkat dua, Kuarters Polis, Jabatan Siasatan Jenayah.

Memiliki motosikal Triumph.

Paridah belajar menjahit di Geylang Serai manakala Che Kalsom tinggal di rumah menjaga anak.

 

23 Disember,1947

Dikurniakan pingat King George VI oleh Kerajaan British.

 

1949

Gayong diperkenalkan kepada rakan-rakan di Jabatan Siasatan Jenayah. Tujuh orang murid pertama di tanah besar Singapura; antaranya Ahmad Suni, Mansor Fadal, Sinwan(CID), Jonid Hanim(CID),Salim(CID) dan Hosni Ahmad.

Bakar Sampah menjadi pusat latihan Gayong bagi tahun 1950-an.

 

1954

Barisan wanita pertama sertai Gayong(kedua-dua isteri Mahaguru, Che Asmah/isteri Jonid, Aisyah/isteri Mansor Fadal, Rafeah Fadal, Hindun, Intan). Diserahkan di bawah pengawasan Ustaz Salim dan Said.

Jonid telah dilantik menjadi Wakil Tunggal di Singapura semasa ketiadaan Mahaguru.

 

1955

Gayong berkembang di Studio Jalan Ampas.

Antara yang menyertainya ialah Jasni Ahmad, Neng Yatimah(ibu bapa Roseyatimah), Kasma Booty, A.Rahim, dan Nordin Ahmad. Kasma Booty ialah wanita pertama yang diuji berjalan di atas bara api serta lengannya dituris dengan pisau.

Gelanggang Gayong di Singapura pada tahun 1950-an:

Paridah menjalankan kelas jahitan di Batu 4 ½ Pasir Panjang(rumah kedai dua tingkat). Meor Abdul Rahman telah berpindah ke tingkat atas kedai(tingkat bawah disewa oleh Paridah).

Murid Gayong bertambah ramai – Meor Abd.Rahman melantik Hosni Ahmad membantu Jonid mengajar di gelanggang serta menjalankan perlimau adat.

Berpindah ke Alexandra(menyewa rumah batu teres)

Paridah menjadi guru jahitan di alexandra, Bukit Timah, Tanjung Pagar dan di Sekolah Latihan Polis, Thompson Road.

 

1957

Tengku Kassim, Tengku Laksamana Kedah datang ke Singapura menemui Meor Abdul Rahman.

Rombongan Silat Seni Gayong seramai 43 orang mengadakan persembahan silat di Sultan Abdul Hamid Sport Club.

Setelah dua tahun di Alexandra, berpindah pula ke Woodlands.

Meor Abdul Rahman membina dua rumah papan(terletak dekat dengan kem tentera dan berhampiran pantai).

Che Kalsom buka kedai runcit.Paridah mengajar jahitan di Balai Keranji, Woodlands.

Pusat Latihan Silat Seni Gayong ditubuhkan di Lorong Fatimah, Woodlands.

 

1958

Perkhataman keris kali kedua di Melaka.

 

1959

Dato’ Onn Jaafar bertemu dengan Meor Abdul Rahman dan melamar untuk menjadi ahli Gayong. Dato’ Onn telah dilantik sebagai Penasihat dan Waris Beradat Gayong.

Meor Abdul Rahman diundang ke Melaka untuk mengadakan persembahan silat di Bukit Lintang.

Lembaga Beradat Gayong mula dibentuk dengan perlantikan Orang Besar 4,Orang Besar 8, Orang Besar 16 dan Orang Besar 32.

Meor Abdul Rahman bersama Dato’ Onn Jaafar serta rombongan Gayong dari Singapura telah melawat Kedah.

 

1961

Meor Abdul Rahman bersara daripada perkhidmatan kerajaan(kepolisan) dan menumpukan sepenuh perhatian untuk mengembangkan Gayong, berpusat di kediamannya, di No.13A, Lorong Fatimah, Woodlands, Singapura.

 

9 Disember 1961

Sharifah Aluyah meninggal dunia dan dimakamkan di Ayer Kuning

 

1962

Meor Abdul Rahman melawat Kedah, dan membawa guru-guru dari Kedah untuk mengembangkan Gayong di Negeri Sembilan, Johor dan Singapura.

Meor Abdul Rahman telah mendaftarkan Silat Seni Gayong sebagai sebuah pertubuhan berdaftar. Dato’ Onn telah merangka perlembagaan pertubuhan.

 

November 1962

Meor Abdul Rahman membawa guru-guru Kedah di Singapura bergerak naik ke Melaka dan membuka gelanggang di Taboh Naning, Alor Gajah dan Bukit Lintang.

 

Disember,1962

Meor Abdul Rahman melantik Abd.Majid Mat Isa menjadi Gurulatih Tertinggi merangkap Timbalan Pengarah Silat Seni Gayong

 

Januari,1963

Meor Abdul Rahman bersama rombongan Gayong dari Singapura melawat ke Kedah.

 

Mac,1963

Meor Abdul Rahman membawa tujuh orang guru dari Kedah untuk kembangkan Gayong ke seluruh Tanah Melayu. Tiba di Perak, buka gelanggang di Kampung Ayer Kuning, Kampung Terong dan Kampung Lubuk Terong. Dari Perak, rombongan seterusnya menuju ke Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Singapura.

Meor Abdul Rahman telah memanggil semua guru yang bertugas di Semenanjung untuk menghadiri kenduri perkahwinan Siti Fadzilah di Lorong Fatimah, Woodlands.

 

Oktober,1963

Pendaftaran Silat Seni Gayong diluluskan dan dikenali sebagai Pertubuhan Silat Seni Gayong dengan nombor pendaftaran 361.

 

1964

Mesyuarat Agung PSSGM pertama di Gurun ,Kedah. Meor Abd.Rahman(YDP) dan Meor Abdul Aziz(NYDP).

Ibu pejabat PSSGM berpindah ke Kota Sarang Semut – Meor Abdul Rahman turut berpindah dari Singapura dan menetap di Kedah.

Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong telah berpindah dari Woodlands, Singapura ke Kota Sarang Semut, Kedah. Bagaimanapun, upacara adat istiadat dijalankan di Ayer Kuning, Taiping.

Gayong Perdana yang pertama diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Setar dan dirasmikan oleh Sultan Kedah, Sultan Abd.Halim Muadzam Syah.

 

18 Februari,1964

Uda Mohd.Hashim meninggal dunia dan dimakamkan di Ayer Kuning.

 

1965

Perdana Gayong kedua diadakan di Stadium Kubu, Melaka.

 

1966

Meor Abdul Aziz meninggal dunia.

 

1967

Istiadat pertabalan ahli Lembaga Beradat diadakan di Ayer Kuning, Taiping.

 

31 Ogos,1967

Sambutan 10 tahun Merdeka – 500 orang ahli Gayong telah mengetuai perbarisan.

 

1969

Meor Abdul Rahman menetap di Ayer Kuning, Taiping.

Dato’ Harun Idris diisytihar sebagai Imam Khalifah Selangor.

 

1970

Meor Abdul Rahman bersama Setiausaha Agung PSSGM dan dua pesilat Seni Gayong diundang ke Osaka, Jepun(mengadakan persembahan silat selama dua minggu di Osaka ‘70).

Balai adat PSSGM dan Serantau dibentuk di Ayer Kuning

 

27 Januari,1971

Balai Adat dan Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Idris Syah. Sultan Idris bersetuju menjadi Penaung Agung Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau.

 

1971

Meor Abd.Rahman dikurniakan darjah kebesaran Dato'Paduka Cura Si Manjakini(DPCM) oleh Sultan Perak(membawa gelaran Dato’) dan Dato’ Meor Abdul Rahman telah menggelarkan Sultan Perak, Sultan Idris Syah dengan gelaran Sang Sapurba Negara.

Silat Seni Gayong diperkenalkan kepada ATM

 

1973

Silat Seni Gayong diperkenalkan kepada Polis Diraja Malaysia.

Dato’ Meor Abdul Rahman menumpaskan Bruce Lee di Hong Kong.

 

1974

Balai Adat baru bina, khas untuk dilangsungkan upacara adat istiadat pertabalan, penganugerahan tauliah dan bengkung tertinggi.

Dato’ Meor Abd.Rahman melawat Sabah, bertemu Tun Datu Mustapha, Ketua Menteri Sabah.Tun Datu Mustapha telah dilantik sebagai Imam Khalifah Gayong bagi Negara-negara Islam.

 

Mac,1975

Tun Abdul Razak ditabalkan sebagai Timbalan Imam Khalifah Agung Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau.

 

1976

Dato’Meor Abd.Rahman dan Che Kalsom melawat Sarawak, bertemu dengan Tan Sri Abdul Rahman Yaakub, Ketua Menteri Sarawak.

 

11 Disember,1976

Television BBC merakamkan upacara Mandi Minyak di Dewan Belia Kampung Pandan yang dijalankan oleh Dato’ Meor Abdul Rahman.

 

Julai,1977

Perkhataman keris kali kelima di Teluk Batik, Perak.

 

1978

Cikgu Abd.Majid Mat Isa dilucutkan jawatannya sebagai Gurulatih Tertinggi PSSGM oleh Dato' Meor Abdul Rahman

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia ditubuhkan dan didaftarkan di Pulau Pinang.

 

20-23 Februari,1985

Dato’ Meor Abdul Rahman melawat ke Brunei kali pertama. Menghadap Sultan Brunei.

 

Januari,1986

Che Kalsom meninggal dunia.

 

19-21 Mac,1986

Dato’ Meor Abdul Rahman melawat Brunei kali kedua.

Dato’ Meor Abdul Rahman bersama Tuan Haji Nayan melawat London.

Dato’ Meor Abdul Rahman menghadiri Kejohanan Silat Sedunia di Kuala Lumpur. Pengakuan aktor Dicky Zulkarnain bahawa bukan beliau yang menumpaskan Bruce Lee tetapi Dato’ Meor Abd.Rahman.

 

Disember,1989

Pertabalan ahli Lembaga Beradat Selangor dan perlantikan Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib sebagai Imam Khalifah Selangor.

 

Mei,1991

Perkhataman keris terakhir yang dijalankan oleh Dato’ Meor Abd.Rahman di Port Dickson, Negeri Sembilan.

 

23 Jun,1991

Dato’ Meor Abdul Rahman meninggal dunia di Ipoh Specialist Centre. Beliau dimakamkan di perkuburan Masjid Lama, Taiping.

Beliau meninggalkan seorang balu, Datin Paridah Yusuf dan anak-anaknya Siti Fadzilah, Siti Kalsom, Badek Ruzaman, Sazali, Sera dll.