BLAISE LOONG Drawing of Blaise

TORKÉ: tor-keh. Bahasa orang Norse/Viking.
Makna literal -- "yang gagah perkasa".

Panggilan hormat bermaksud 'jurulatih senjata' atau 'guru perang'.

Torké Blaise Loong ialah Ketua Jurulatih Akademi Perang Blays-Halla. Blaise mengabdikan diri mempelajari Seni Perang selama lebih 20 tahun. Beliau telah menghabiskan sebahagian besar daripada hidupnya (sejak 1979) sebagai pelatih peribadi Sifu Dan Inosanto. Dengan diberi keizinan untuk mengajar kedua-dua seni bela diri Filipina and Jun Fan sejak 1981, Blaise bersungguh-sungguh mengekalkan kedua-dua Sistem Lacoste/Inosanto dan Kaedah Tempur Gaya Bruce Lee dalam bentuk aslinya.

Blaise with Dan Inosanto

Blaise juga mendapat keistimewaan berlatih secara perseorangan dengan beberapa guru peribadi Sifu Inosanto, beberapa tahun sebelum mereka dikenali ramai. Mereka termasuklah Mahaguru Leo Giron dari Bahala Na Antarabangsa, Mahaguru Edgar Sulite dari Lameco Eskrima Antarabangsa (murid persendirian 1992-1997), dan Cikgu Sulaiman Sharif dari Silat Seni Gayong Amerika. Pada 1980, Blaise memperkenalkan Ajarn Chai Sirisute kepada Sifu Inosanto, yang telah menghubungkan Akademi Kali Filipina dengan Persatuan Tomoi Amerika.

Ekoran nasihat daripada Sifu Inosanto, Blaise kerap pergi ke Asia Tenggara demi untuk memperbaiki kemahiran tempurnya. Blaise telah tinggal dengan orang Minangkabau di Sumatra, orang Tausug di Sulu, dan dengan petapa tua Wali Suci di Jawa Tengah. Setiap daripada puak tersebut adalah penganut Islam yang taat. Walaupun Blaise ialah seorang penganut Kristian yang mempercayai Nabi Isa, beliau dapat mengatasi prasangka anti-Barat dan anti-Kristian dengan menjadi orang bukan Islam pertama pernah diajar sebahagian daripada rahsia seni perang puak tersebut yang dijaga rapi turun-temurun. Blaise kemudiannya diberikan nama Islam dan gelaran Melayu,Hulubalang. Blaise seterusnya diberi penghormatan apabila hulubalang lagenda Bugis Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman, pemimpin lebih 800,000 pahlawan, dengan rasminya mengambil beliau sebagai anak angkat.

Dengan mewarisi sebahagian darah dayak suku Chiricahua, Blaise mengesan saudara-maranya di San Carlos dan Kawasan Petempatan Dayak Fort Apache di Arizona Tenggara. Selepas membuktikan dirinya berguna di hadapan tetua dayak, guru-guru tua dayak (sejak 1985) telah dengan teliti melatih Blaise dalam 3 perkara : memburu dan ikhtiar hidup, Nagondzog -- sejenis ilmu perang gerila dayak yang unik, dikenali umum kerana digunakan oleh panglima perang seperti Geronimo dan Cochise, dan Diyin, ilmu kebatinan kaum dayak.

Pencarian seni perang Blaise akhirnya membawa beliau ke Skandinavia, yang mana beliau telah tinggal dan berlatih di beberapa buah kampung terpencil di lingkungan Artik, mempelajari seni perang purba milik orang Norse. Nama seperti Sigurd Krystalsson, Thorfinn Sigmundsson, dan Kulbay Torsson telah mengajar Blaise menggunakan pedang, perisai, lembing, kapak, panah, pisau, dan tukul besi.

Pada 1985, Blaise telah dipanggil untuk membantu menubuhkan kursus pertarungan untuk Pasukan Khas(Udara) yang Pertama -- pasukan ala Komando Beret Hijau. Blaise sejak itu telah melatih kakitangan Operasi Khas dalam 3 perkara : neutralisasi sentri [tangan kosong, pisau, tali penjerut leher], penamatan jarak dekat, dan penggunaan apa-apa sahaja senjata yang ada ["teknologi orang zaman batu"].

Kesemua pengetahuan tempur yang terkumpul -- SENI PERANG, sebagaimana yang kita kenali -- diajar dan dimahirkan di Akademi Perang Blays-Halla, tempat di mana para pahlawan dilahirkan!


Dato'Meor Abdul Rahman, hulubalang lagenda Bugis dengan murid seramai lebih 800,000. Saya diberikan penghormatan apabila diambil sebagai anak angkat dengan secara rasmi oleh beliau pada Disember 1990. Gambar foto ini dirakamkan dekat rumahnya di Taiping, Perak.


Gambar keluarga. Dato' bersama-sama dengan anak perempuannya Cikgu Kalsom, cucu-cucu, beberapa orang murid kepercayaannya, dan saya.


Saya berlatih secara persendirian dengan Cikgu Sulaiman Sharif pada awal 1990-an. Cikgu Aiman ialah wakil Dato' yang dilantik untuk mengembangkan Silat Seni Gayong di Amerika Syarikat.


Sijil Gayong saya.


Kad Gayong saya dengan nombor siri #001.