Make your own free website on Tripod.com

 Cikgu Hj.Harun Hj.Salleh (duduk) bersama Cikgu Ishak Hassan (YDP PSSGM N.Sembilan)

Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman dari Kaca Mata
Cikgu Hj. Harun Hj. Salleh

 Pelangi Hitam PSSGM Kedah Darul Aman

 

(Saya mula masuk Gayong) tahun 1964.

Saya yang mandikan itu ayah Meor Rahman(Uda Mat Hashim). Dia (Uda) boleh (mandikan orang). Masa saya masuk tu ayah dia dok ada lagi. Dia (Uda) mai sini. Mai Kota Sarang Semut.

(Meor Aziz?)Dia (Meor Aziz) mengajar silat di Perai. Dia berlain sikit dengan Dato' Meor. Silat Gayong juga. (Dia) kerja kastam.

(Yang mengajar) di Kota Sarang Semut, (ialah) Meor Rahman, campurlah Cikgu Majid, Awang Daud, campur-campur.

Saya berlain sikit dengan dia orang ni. Setengah orang dia orang tanya, "Cikgu dapat ilmu Dato' banyak ke?" Ilmu apa? Saya cuma dapat belajar daripada Dato' pelajaran silat sahaja. Ilmu ni satu bismillah pun saya tak ambil. Saya tak terima dengan dia.

(Dalam Gayong ada) pelajaran tangan kosong, pisau, keris, tongkat, parang, pedang, tombak…

Saya belajar pedang. Saya belajar (bersama-sama) dengan Cikgu Kalsom. Kami seorang sahaja yang belajar pedang. Pedang seorang dua bilah, kiri-kanan. (Jadi) ada empat. Kami dua orang sahaja yang Dato' ajar. Dato' lah cerita. Dialah cerita. Tak tahulah (saya kalau-kalau) pada orang lain kot dia ajar pulak. Kami dua orang macam tu lah. Pedang seorang dua bilah, dia (Dato') ajar kami dua orang sahaja. Permainan sekali, sekali dengan orang serang, sekali dengan kita makan, sekali dengan kunci, semua sekali. Tapi memang bahaya pedang dua ni.

Parang dengan pedang lain sikit. Dia parang dengan tongkat nak sama. Tapi tombak lain sikit. Tombak-cindai lain (tombak lawan cindai).

Tekpi (saya) tidak (belajar). Tekpi masa zaman saya tak dak. Tapi kemudian ni dengar cerita Dato' ada ajar tapi saya tak tahu, (sebab) masa dengan saya tak dak. Dia tak ajar.

Tombak pendek, dia ada pelajaran dia. (Yang mengajar) Atan nama dia.

Sundang (saya) tak belajar. Sundang dia sama macam pedang. Sama lebih kurang tapi (saya) tak belajar.

Cindai, dia kain kita pakailah, (atau) tali pinggang. Jika tak dak tali pinggang, baju. Saya belajar permainan sahaja. (Cindai) jantan betina saya tak tahu. (Berapa jenis cindai) tak tahulah (saya). Banyak.

Zaman saya belajar, dia cuma belajar itu-itu, yang buah tu. Tapi pada kemudian-kemudian ni depa bubuh nama bermacam-macam. Saya kata nama-nama ni saya tak tahu. Serupa juga belajar jenis tangan kosong. Depa bubuh nama apa ni, saya kata saya tak tahu. Saya tak dak nama. Saya boleh tahu sampai sekian-sekian sekerat, tapi orang yang macam boleh, orang lain tak dapat. Kunci mati belajar terus 21 buah. Belajar 21, buka 21, pecahan lagi setiap satu (pecah) tujuh. Orang lain tak dapat macam tu. Sebab tu (Cikgu) Razali kata kalau tangan kosong mari dekat saya tapi la ni saya tak boleh ngajar. Mata tinggal sebelah. Ada budak-budak KL jugak turun mai, kerap budak-budak KL turun mai. Dua tiga orang, hak lama-lama pun ada. Depa kata kami nak belajar yang hak ni. Saya kata nak belajar ketepikan (kerusi meja). Hangpa ubah kerusi meja. Tunjuk buah sahaja. Saya tunjuk buah. Elak ¾ , tak jadi dah ¾. Saya kata pelajaran hilang dah. Saya nak tunjuk ¾ tak boleh. Lipat kaki tak boleh. Bukan hilang. Nak buat tak jadi. Lutut tak boleh dah. Lutut tak macam dulu. Rasa sakit. Rasa sakit ni, tiga kali tak boleh jalan ni.

(Ajar lengkap?) Negeri Sembilan ada sedikit. Ishak. Ingat ke tidak depa tu. Sahak, Yaakub, beberapa orang tu (ada saya ajar tapi) tak habis jugak. Tak dan nak habis.

Masa tu Dato' Meor dia tengok kita dah lama kat satu-satu tempat sampai dah nampak orang ni dah minat dekat satu-satu guru, dia pindahkan (guru) ke tempat lain. Dia buat macam tu. Jadi, boleh kata di Malaysia ni semua tempat saya (dah) duduk.

(Mula-mula) di Gombak. (Tempat) Cikgu Syed Ghafar yang dah arwah. Tak lama pindah Negeri Sembilan. Lepas tu balik mai Tasik Gelugor, Perai. Balik mai Kedah. Lepas tu dia (Dato') hantar ke Kelantan. Lepas tu pergi Terengganu kejap. Rata-rata dia(Dato') buat macam tu. Lepas tu balik ke Taiping.

(Kerja tetap?) Tak dak eh. Macam ni kerja silat aja. Zaman tu ngajar silat aja. Dia ada bagilah untuk kita makan tu. Bukan gaji. Cuma kita seronok masa seorang diri(bujang). Lepas saya kahwin, saya kata ini kerja tak cukup makan. Yang ni tak boleh. Takat seorang diri, seronok-seronok boleh. Dah tu, (kalau) kata nak bela anak bini tak boleh. (Lepas kahwin) saya pun berhentilah(mengajar). Tapi bukan nak boleh berhenti dengan sekaligus. Dia pelan-pelanlah.

(Rumah) kita sewalah. Orang daripada tempat tu lah bayar. Dia minta guru. Dia minta bayar (yuran). Dia keluarkan wang untuk belanja kitalah. Sebulan dia bagilah banyak mana. Setakat kita boleh. Cara duduk setakat sukarela. Kalau kata kita nak belanja betul, mana cukup. Kalau macam dia orang ajak tengok wayang, dia oranglah belanja. Kalau kata ajak makan, dia oranglah bayar.

Di Kelantan, masa saya dok mengajar dulu, (ada)1000 orang (murid) tau! Banyak tempat kita buat. Petang, malam. Tiap-tiap hari kena (mengajar). Malam sampai 300 (orang) satu-satu gelanggang. Kita kena buat pentas tinggi. Duduk atas pentas. Lepas tu kita nak tunjuk pelajaran, suruh seorang naik atas pentas. Ada satu-satu tempat yang agak ramai (murid). Macam tu lah. (Mengajar) petang dengan malam. Tiap-tiap hari. Latihan (pada satu-satu gelanggang) seminggu dua kali sahaja. Kita aturkan tempat-tempat, (macam) Pasir Putih, Melor, Pasir Mas, Kota Bharu.

Sebelum kami(Hj.Harun dan Awang Daud) sampai, Cikgu Ahmad Lazim (ditugaskan di Kelantan). Tarik Cikgu Ahmad Lazim, hantar kami dua orang pergi situ. Macam tu lah kerja Dato' Meor. Pelajaran kita dah ada dekat taiping. Lepas tu depa campak saya ni. Ditarik saya. Dibiarkan Cikgu Awang seorang (diri). Orang (yang) belajar ni, jenis silat ni, dia dah faham dengan satu guru, kalau ditarik balik orang(guru) tu, dia nak (kena) belajar dengan cikgu lain pulak, dia terasa lain. Hah, mulalah dia tarik diri. Dia jadi macam tu. Dato' tahu tapi Dato' fesyen dia lah. Dato' masa tu perangai cara dialah. Dia kalau dia dah buat (dia tak mahu tarik balik).

(Asrama Kota Sarang Semut) tak daklah la ni. Macam kat Taiping lah. (Tempatnya) dekat sebelah balai polis. Dulu (ada asrama). (Sekarang) tinggal tanggalah. Tangga merah tu ada lagilah. Saya belajar kat situlah.

Saya tak (duduk di asrama). Saya memang berulang-alik. Dekat aja (rumah saya). Satu setengah batu aja. Saya belajar malam sahaja. Dato' duduk situlah. Sekali dengan rumah (dia) lah. Dia ulang-alik dari Singapura. Singapura - Kedah, Kedah - Singapura. Isteri (Dato') tinggal sini. Isteri no. 1. Isteri no. 2 di Singapura. Lepas tu, kemudian baru pindah ke Taiping, semua sekali.

(Pusat latihan Kota Sarang Semut dibuka pada) tahun 1964. Rumah mertua Dato' memang di situ. Di sebelah balai polis. Kat Taiping, rumah perempuan dia duduk sekaranglah. Dato' pindah ke Taiping masa saya belum kahwin lagi(tahun 1970-an). Gelanggang Kota Sarang Semut masih ada lagi lagi masa Dato' pindah ke Taiping. Ada lagi. Cikgu Majid (yang) turun (mengajar) ke Kota Sarang Semut. Tak jauh, Gurun ke Kota Sarang Semut.

Gelanggang Silat Gayong biasanya ada pagar untuk mudahkan kita belajar (silat).

Dalam Silat Seni Gayong, dalam gelanggang,kita baca Al-Fatihah sekali, Qulhuallah 11 kali, kita duduk berlingkung, kita ada berapa orang, ramai, dalam 10 orang, 20 orang kita buka bagi luas. Setakat luas yang kita duduk tu, luas tulah gelanggang. Kalau guru nak duduk di tengah, ni bagi saya, saya tak bagilah. Bagi saya takbur pulak. Cara duduk sama sahaja (dari dulu sampai sekarang). Nak duduk, duduk pi lah macamana pun. Tapi dah dalam silat tu kita nak bagi semacam(seragam), kita bagilah satu cara. Duduk tak kisah, nak duduk bersila ke, bertinggung ke, buatlah. Asal boleh selesai baca Al-Fatihah, Qulhuallah, sudahlah. Daripada dulu sampai sekarang, cara buka gelanggang sama sahaja.

Arwah Dato' dia tak duduk. Entah dia baca ke tidak (bacaan buka gelanggang) kita tak tahu. Dia duduk mana-mana dia (hendak) duduk. Dia suruh kita yang buka (gelanggang). Kita yang hendak belajar.

Dia(Dato') tak mengajar semua(setiap masa). Dia lantiklah siapa-siapa dan suruh mengajar. Dia (Dato') tengok aja (masa orang lain mengajar).

Macam saya tu, dua orang, tiga orang, dia mengajar sendirilah.

Tapi masa saya duduk dengan dia lain cerita. Di mana saya pergi mengajar, dia ikut. Saya duduk di kelantan dia ikut. Kita kena sewa rumah - rumah yang kita boleh bersilat di dalamnya. Saya duduk di Negeri Sembilan, dia ikut ke Negeri Sembilan. Orang kata duduk di mana pun dia ikut.

Kalau dia (Dato') ikut, kita balik mengajar pukul 11-12 malam, dia kata tak usah buka pakaian. Terus bersilat dengan dia. Lepas tu dia tidur. Pukul berapa sat ni dia kejutkan kita. Sampai pukul lima pagi, bersilat. Duduk dengan dia, (dan) dia ikut, kerja (kita) silat aja. Bangun, bersilat. Dato' mengajar macam tu.

Kalau tangan kosong tu, kalau kita kata kali ni dia mai dengan tangan kosong dan tak ada senjata, (maka) belajar tangan kosong ajalah. Kalau dia mai masa mana-mana, dia kata ni cara pisau, (maka) belajar pisau ajalah. Kalau dia mai, semua dia ajar. Cara pistol pun dia ajar. Kalau dengan cara pisau, atau cara apa pun, dia hentam betul-betul. Kita tak jaga betul-betul, kena kita.

Dia (mengajar) memang kasar. Kita mengajar (orang) pun kasar macam tu. Tapi saya kata kalau sekarang ni ngajar budak-budak baru macam tu, lari habis (orang). Pasal apa, budak(KL) yang mai sini, saya tunjuk cara tangkap pun tak boleh tahan. Dulu silat, kalau kata Silat Seni Gayong dia tangkap semua sendi. Dia bukan macam wrestling tu. Wrestling tangkap tak masuk seni satu pun. Saya selalu gak tengok wrestling. Cara depa tu tak seni. Tak kena seni pun. Tapi dalam Silat Seni Gayong, semua tangkap masuk sendi. Kalau masuk sendi tak boleh tahan.

Dato' dia mengajar bukan 1-2 biji. Kalau 10, 10 habis. Kita kena ingat betul-betul. Dia tunjuk sekali dua aja. Sebab tu kena ingat. Malam ni kita catat cepat-cepat. Kalau tak catat, semua tu hilang habis. Mesti ada dua orang (sekurang-kurangnya). Selalu saya dulu (berpasangan) dengan Cikgu Kalsom. Selalu dengan dia. Lepas tu kadang-kadang campur dengan budak-budak lain. Kalau seorang Dato' tak tunjuk pasal satu nak tunjuk, satu tengok. Dia tunjuk dekat kita kita tak boleh ingat. Dia satu tunjuk, satu tengok. Dato' tunjuk sampai habis. Cara lompat, baling sama juga tetapi kita mengajar budak-budak tak baling macam wrestling. Tetapi Dato' mengajar saya dia buat macam tu(humban macam wrestling). Cara tangkap, cara baling wrestling lebih kurang macam silat, Cuma cara wrestling, seni tak ada. Cara Dato' ada seni. Berdentam-dentum; atas rumah, atas rumahlah. Dato' dia tak kira. Masalah dentam-dentum tu dia tak kira. Dia tak kisah tentang tu. Partner yang tengok pun kena juga (buat dengan Dato'). Kemudian Dato' pulak tengok (kita buat sesama kita).

Memang kalau dia tunjuk ni, kita sebagai jurulatih, dia tunjuk cara sahaja sebab (tapak)kedudukan semua kena tahu dah. Hak murid baru, kelam kabutlah. Tak boleh dapat macam tu.

(Yang jadi)partner saya ikut masa Dato' nak tunjuk, ikut siapa yang ada dekat situ. Dia kira macam tu. Dato' datang rumah saya, dia datang tiga orang; perempuan dua. Hari tu perempuan (yang ikut Dato') itulah (kena jadi partner saya). Kalau dia datang dengan lelaki, lelaki itulah jadi partner saya.

(Dari segi latihan silat) Dato' tak membeza-bezakan antara lelaki dengan perempuan. Sama. Dato' punya fesyen, (lelaki perempuan) semua sama. Dia hentam. Kadang-kadang saya larang, sebab anggota perempuan ni lain (daripada lelaki).

Cikgu Haji Harun sedang membengkokkan besi panas dengan gigi dalam suatu pertunjukan Silat Seni Gayong.

Bengkok besi panas dengan gigi?

Itu latihan, kita kena buat selalu. Ada doa dia. Tapi sungguh pun ada doa dia, kita jangan bagi kena lidah dengan bibir mulut. Gigi sahaja. Tu selalu saya buat. Masa mudalah. Tapi sekarang baru kita tahu, tak bagus. Retak habis semua gigi. Berlubang habis semua gigi(geraham).

Terjun atas kaca?

Saya pernah buat. Terjun atas kaca, punggung botol dengan kepala botol tu kita kena buang. Tak diambil. Tu dia melawan. Kalau kita guna hak tu, jalan kita. Kemudian kita ayak bagi dia tumpul. Sungguhpun tumpul, tapi dia adalah cara baca-bacaan dia. Kalau tak ada bacaan dia, makan juga tumpul-tumpul dia pun.

(Jalan atas bara api?)

Hak tu pun ada doa dia. (Tak semesti buat bersama mandi minyak). Buat mandi minyak ke, tak buat mandi minyak ke, boleh jalan. Buat bara api boleh, tapi jangan termasuk botol. Benda-benda tu saya buat. Tinggal lagi saya sendiri pun berasa hairan. Setakat buku lali naik ke atas, berpeluh ni. Masa duduk dalam (bara) tu, panas. Berpeluh. Berpeluh naik ke atas. Panas. Tapi yang kita pijak tu macam kita pijak atas batu panas aja. Tapak kaki kita, rasa panas. Serupa kita terjun atas kaca. Macam kita terjun atas longgok batu aja. Saya paling tengok, batu ke kaca.

Satu lagi yang saya tak mahu buat ialah sepak botol kaca. Botol tu kita sandar pada dinding. Lepas tu kita tendang dengan hujung tulang(bebola kaki). Dato' suruh saya buat tapi saya tak mahu buat. Saya dok rasa, kalau dia tak jadi ilmu ni, rapat sampai ke tulang. Bahaya saya. Saya peringat juga. Teringat jugak. Campak ke kebinasaan tu. Pasal takut juga. Benda ni, benda jenis pertunjukan sahaja. Macam kepak besi hangat, kalau silap kita habis bibir lidah kita. Melepuh.

(Pemecahan bata?)

Latihan. Buat latihan hari-hari. Gitu aja, dia(Dato') suruh kita berlatih aja.

Dato' ni dia keluar pelajaran aja. Lepas tu dan kemudian-kemudian ni, ada satu orang mai sini, sembang dengan saya, orang silatlah. Dia ceritalah dato' ajar dia bermacam-macam ilmu. Dia tanya saya, pada orang lain ada tak? Saya kata dalam Malaysia ni takat saya tahu Cuma dia seorang sahaja yang boleh macam ni ilmu. Jenis ilmu, bukan jenis silat. Orang lain tak dak. Pasal saya tahu, pasal saya biasa dengar Dato' dok baca. Yang dia baca, bermacam-macam jenis.

Dato'boleh buat batu akik?

Itu saya tak tahu. Hak Uda Hashim tahu. Ayah dia tahu. Ayah dia betul boleh. Pasal apa dia buat, dia pi pada kemenyan, pada bertih. Dia angkat, dia sua keris, bungkus, lepas tu dia baca (doa), apa dia baca kita tak tahu, dalam tu awal kita tengok bertihlah, kemudian kita tak tahulah. Dia angkat gitu, berterabur batu akik.

(Cincin ni batunya) daripada bertih. Dah ikat tak nampak. Sebelah(tepi), dia ada lubang sedikit. Kita korek keluar tu. Bukan dia batu. Tak tahu apa benda. Dia lembutlah. Buat lubang, kita korek dengan jarum. Bertih! Bukan batu. Saya kata bukan batu. Tapi dah diikat (dengan suasa) tak nampaklah.

Dia buat sekali tu aja. Banyak. Banyak ratus biji. Dipelawa kat saya. Dia kata pilih nak mana. Nak ambil satu. Masa saya ambil, (warna)merah (pada batu) ni tak dak. Putih semua. Putih macam tepi. Dah kemudian, jadi lain (warna). Lepas saya ikat, dia jadi macam tu(tukar warna). Hak ni dibuat di Taiping. Tak lama dia pun meninggal. Tahun saya tak ingat.

Kebolehan Uda yang lain saya tak tahu. Tapi saya ada dengar dia(Uda) pi kat Kuala Kedah, dia kata nanti suatu hari kita buat di Kuala Kedah ni, kita berjalan di atas air. Tapi tak sempat. Balik dari Kuala Kedah, dia meninggal dunia. Abang dia(Meor Aziz), saya tak tahu. Dia silat sikit aja. Takat Perai sahaja.

Dato' bagi kat saya satu saja- selendang. Ni dia bagi kat saya. Dia kata selendang ni Pelangi Hitam. Pelangi Hitam ni, orang yang nak boleh pakai Pelangi Hitam ni, bukan semua orang boleh pakai. Pertama, orang yang boleh bersilat. Satu lagi, orang yang hati dia agak kuat; masalah silat jangan siapa dok buat fitnah bermacam-macam. Dia tak mudah ikut. Yang dikatakan boleh pakai selendang ini. Tak semestinya mempunyai pelajaran tertinggi. Tapi dalam satu negeri, hendakkan selendang ini, kena bagi ada tujuh orang. Tapi masa Dato' meninggal, tak dapat nak sandangkan satu negeri tujuh orang. Tujuh orang ni orang kuatlah. Tak boleh difitnah bermacam-macam. Yang hak ini, yang menyampaikan saya Sultan Perak yang arwah tu (Sultan Idris Syah). Cikgu Majid sama (dapat Pelangi Hitam). Cikgu Awang, Cikgu Shuaib, Adiwijaya. Saya tak seronok jugak walau pakai selendang ni. Orang yang kuat keduniaan ni, (macam) nampak perempuan ke, saya tak sukalah. Kita tak mahulah.

(Bengkung?)

Masa saya dok ada dalam silat dulu tak ada. Kemudian sahaja. Untuk menarik minat pada yang nak belajar. Pasal apa, jenis silat (bangsa) lain tu ada buat. Saya bengkung ni saya tak dapat dari mana-mana. Cuma Dato' kata, "Haji pakailah bengkung apa nak pakai." Saya buat bengkung dua warna, sebelah merah, sebelah kuning. Lima belit. Panjang. Lepas tu mai budak-budak. (Mereka kata) bagi kamilah, kami nak mengajar. Ambik! Saya nak tunjuk pun tak dak. Bermacam-macam saya bagi. Bajulah, seluarlah, semua hak ni depa mintak. Hak selendang ni tak boleh. Hak ni saya terima amanat daripada Dato'. Saya tak boleh bagi. Hak lain ambillah.

Budak-budak KL selalu mai. Sekarang pun mai. Mai sembang-sembang macam ni. Cuma malam tu, depa kata nak tengok pelajaran dia. Saya kata ketepikan (meja). Lepas (saya) sakit. Pelajaran lain boleh tunjuk. Yang hak satu jenis pelajaran tu. Saya nak tunjuk, saya lipat kaki, saya tak boleh dah. Saya nak lipat tu tak pi. Saya kata pelajaran ni hilanglah satu pelajaran. Cerita cara boleh, nak tunjuk tak dapat. Tak boleh buat.

Dulu saya tulis (pelajaran silat yang saya dapat). Dua tiga buku. Kalau tidak, tak ingat. Tapi sekarang ni, kalau kita baca (balik), tak tau benda apa. Dah lama, kita tak kisah. Cara hala ke dia. Kalau baca, boleh baca, tapi apa kita nak buat ni.