Make your own free website on Tripod.com

Selamat datang ke laman web
Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia
Universiti Malaya

Silat Seni Gayong

Silat Seni Gayong diasaskan oleh Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd.Hashim. Beliau mempelajari persilatan ini daripada nendanya Tuan Syed Zainal bin Syed Idris Al-Attas. Syed Zainal pula mempelajari persilatan ini daripada Daeng Ambok Solok di Pulau Temiang, berdekatan Jambi, Sumatera. Mat Kilau, Dato’ Bahaman dan Syed Zainal mengikut ceritanya telah diperintahkan oleh Sultan Ahmad Pahang untuk mencari buah keras di Pulau Bangka, Riau, Indonesia. Di Pulau Temiang, yang berdekatan dengan Pulau Bangka, rombongan mereka telah bertemu dengan Daeng Ambok Solok. Daeng Ambok Solok telah bermurah hati untuk menurunkan ilmu Gayong kepada pahlawan Pahang tersebut agar dapat digunakan untuk mempertahankan tanah air mereka kelak. Oleh kerana kesuntukan masa, mereka mengikat janji untuk kembali lagi ke Pulau Temiang setelah selesai menjalankan amanah Sultan. Dalam perjalanan pulang ke Pahang, Mat Kilau diarahkan untuk membeli senapang kopak di Singapura. Mat Kilau, Syed Zainal dan Dato’ Bahaman telah belayar kembali ke Pulau Temiang seperti yang dijanjikan. Mereka telah menuntut ilmu Gayong selama kira-kira dua tahun daripada Daeng Ambok Solok.

Silat Seni Gayong ini dipercayai telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan telah digunakan oleh hulubalang-hulubalang Melaka dalam usaha menentang kemasukan penjajah Portugis. Nama asal Silat Seni Gayong ialah Silat Seni Sendi Harimau. Silat Seni Gayong mempunyai tujuh peringkat, iaitu: Tapak Gayong(permulaan tapak silat), Seni Tapak Gayong(Pecahan Tapak Gayong), Seni Keris (langkah pahlawan cara menggunakan senjata), Seni Simbat (cara bermain belantan atau pedang), Seni Yoi (buah pukulan), Seni Belian (silat harimau bersilat cara koyak-mengoyak anggota lawan), dan Seni Cindai(tarian silat menggunakan kain sentung atau kain tudung). Peringkat tertinggi dalam Silat Seni Gayong akan dianugerahkan bengkung hitam Harimau Pelangi Cula Sakti (Tingkatan I - VI).

Pegawai-pegawai Pertubuhan, ahli Lembaga Adat dan Majlis Guru-gurulatih dianugerahkan dengan sandang masing-masing.

Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia Universiti Malaya

Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia Universiti Malaya merupakan antara persatuan seni mempertahankan diri yang tertua di Universiti Malaya. Persatuan ini dahulunya dikenali sebagai Kelab Gayung Universiti Malaya dan bergerak cergas di awal 1970-an. Persatuan ini telah terkubur sebentar pada pertengahan 1980-an. Usaha untuk menghidupkan semula persatuan ini dimulakan mulai sesi 1994/95. Persatuan ini berjaya dihidupkan semula mulai sesi 1997/98.

Gurulatih PSSGMUM ialah Cikgu Hj.Fadhil bin Hj.Ibrahim(Harimau Pelangi Cula Sakti), dengan dibantu oleh Cikgu Hamid bin Jaafar (Harimau Pelangi Cula Sakti) dan Cikgu Radzwan bin Abdul Razak(Harimau Pelangi Cula Sakti). Latihan di gelanggang UM sekarang adalah di bawah kendalian Cikgu Rizal Husin (mulai tahun 2001). Selain itu, Cikgu Mohd. Isham Ibrahim (012-3538479)menerajui gelanggang Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Latihan di UM dijalankan dua kali seminggu(Selasa dan Khamis) bertempat di padang belakang bangunan Baktisiswa, bersebelahan dengan stor sukan. Masa latihan:5.30 - 7.00 petang.

Keahlian persatuan terbuka kepada semua warga Universiti Malaya. Kepada yang bukan warga UM, anda juga dialu-alukan berlatih bersama-sama pelatih yang lain.

e-mail:onnmohdjadi@yahoo.com

Onn bin Mohd.Jadi
Pegawai Sains (Kaji Serangga) C41
Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor,
Jabatan Kesihatan Perak,
Tingkat 6, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30390 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan
Malaysia
Tel:

Laman ini telah dilawati sebanyak 150,000 + kali sejak 30 Mei 1998.
Pengunjung dialu-alukan untuk mengisi Buku Pelawat dan menyertai Sidang Silat Seni Gayong Malaysia bagi mengukuhkan semangat persaudaraan seperguruan ataupun menyertai Forum Anak Gayong Serantau dan bersama-sama memajukan jagat persilatan tanah air.

 

 

Berita Terkini
Artikel Gayong dalam Majalah/Buku!!!

PSSGM...

PSSPGM...

PSSGWSM...

Dato' Ahmad Lazim...

Laksamana Hang Tuah...

Buah Tapak Kunci...

Pukulan Maut...

 

 


Artikel Gayong dalam Majalah/Journal Antarabangsa!!!

INSIDE KUNG-FU(DECEMBER 2004)

JOURNAL OF ASIAN MARTIAL ARTS (VOL. 2 NO. 4 1993)

MARTIAL ARTS LEGENDS(SEPTEMBER 1997)

 

 


Buku Gayong di Pasaran!!!

BUKU "THE MALAY ART OF SELF-DEFENSE:SILAT SENI GAYONG" DI AMAZON.COM!!!



Dapatkan segera di pasaran melalui Kedai Buku Kinokuniya (Suria KLCC) atau mana-mana Kedai Buku MPH!!!

 

WAWANCARA EKSKLUSIF - MAHAGURU DATO' MEOR RAHMAN(1991)...

 

WAWANCARA EKSKLUSIF - CIKGU MAJID MAT ISA...

 

WAWANCARA EKSKLUSIF - CIKGU AWANG DAUD...

 

MISTERI NUSANTARA...

 

ARTIKEL GAYONG DALAM MAJALAH PENDEKAR!

 

SENI KERIS LANGKAH PAHLAWAN - FOTO EKSKLUSIF MAHAGURU GAYONG!(GAMBAR SAIZ KECIL)

 

SENI KERIS LANGKAH PAHLAWAN - FOTO EKSKLUSIF MAHAGURU GAYONG!(GAMBAR SAIZ BESAR)

 

ARTIKEL GAYONG OLEH DONN F. DRAEGER (MARTIAL ARTS INTERNATIONAL, 1974)!

 

PUSAKA GAYUNG LAHIR BAGI MENEGAK MARUAH (PENDEKAR, 1991)

 

WAWANCARA EKSKLUSIF - DATO' ISMAIL JANTAN(29 JAN. 2000)...

 

Video Pentjak Silat Gayong 70's Training

 

Video Silat Seni Gayong Pasak Singapura